Mimpi Jadi Nyata: Duck X Bowerhaus

Cetusan inspirasi Paris yang kaya dengan sejarah, keindahan reka bentuk dan kepelbagaian budaya telah mencetus rekaan terbaru Duck X Bowerhaus yang bakal berada di pasaran 29 Julai ini.

jelita duck x bowerhaus

Pelancaran Duck X Bowerhaus kepada media dua hari sebelum ia dipasarkan, menyaksikan perkongsian kisah mimpi-jadi-nyata empat personaliti termasuk ‘suara’ Duck Scarves iaitu D, ‘wajah’ Duck Scarves, Vivy Yusof, serta dua beradik daripada jenama Bowerhaus, Shentel dan Elizabeth.

Menurut D dalam satu kenyataan rasmi, dia meraih inspirasi untuk kolaborasi terbaru ini sewaktu mengunjungi Hotel Le Meurice, di kota Paris, di mana dia telah dibawa ke sebuah era dan dimensi yang berbeza. Merasai nikmat kemewahan yang sukar dinilaikan ini dengan percikan keemasan serta hiasan yang memukau, D telah menemui Shentel dan Elizabeth sekembalinya ke Malaysia.

“Kami tahu magis yang dirasai wajar dikongsikan dan akhirnya, Duck X Bowerhaus tercipta,” katanya. Menurut Shentel pula: “Sebagai pereka, saya mahu merakam setiap butiran hiasan seni reka Le Meurice, justeru telah melakukan banyak penyelidikan mengenai rekaan dalaman Perancis mengikut waktu dan tahu kami perlu masukkan lingkaran daun laurel dan mutiara dalam rekaan ini.”

Sementara itu, Elizabeth menambah: “Kami mahu kedua-dua jenama ini bergabung secara seamless. Betapa indahnya bila kami berjaya menggabungkan dua mercu jenama dalam cara yang cukup chic dan elegan ini.”

jelita duck x bowerhaus

“Ya! Saya masih terkesima dengan charm Mother of Pearl Duck, dan saya paling suka betapa ianya cukup versatil kerana saya boleh memindahkan charm (pada tudung) ke gelang bila saja saya inginkannya,” kata Vivy.

Mengambil pesona warna daripada ruang di Le Meurice, setiap helaian skarf terbaru ini hadir dalam rona pastel dengan palet putih. Dilancarkan pada 29 Julai ini, anda boleh pilih daripada rona Pink, Jade dan Grey. Edisi terhad Duck X Bowerhaus ini dijual pada harga RM400 menerusi butik Duck terbaru di Pavilion Kuala Lumpur selain di laman web www.fashionvalet.com.

The post Mimpi Jadi Nyata: Duck X Bowerhaus appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment