Kebanyakan wanita lebih suka memilih untuk mengguna produk penjagaan wajah bagi menghilangkan beberapa masalah muka yang dihadapi. Apa kata, kali ini anda atasi semua masalah itu menggunakan bahan yang ada di dapur. Bukan sahaja baik malah hasilnya juga memuaskan.
Kunyit adalah sejenis tumbuhan rempah yang digunakan dalam masakan. Daunnya juga boleh dimakan bagi menaikkan selera makan kerana baunya sangat wangi. Dalam amalan perubatan tradisional. Kunyit antara tumbuhan rempah yang paling banyak diguna. Antara penyakit yang boleh diubati dengan kunyit ialah:
Gatal kulit
Asah kunyit dengan minyak kelapa hingga pekat kemudian lumur pada kawasan yang gatal. Anda juga boleh bakar kunyit sebesar jari kelingking bersama dua biji kemiri, kemudian hiris halus-halus dan gosok pada tempat gatal ketika masih panas.
Haid tidak teratur
Parut dua buku kunyit dan tumbuk bersama ketumbar, buah pala, jintan hitam, cengkih, kiambang dan daun seri gading. Kemudian, semua bahan itu direbus bersama air hingga mendidih. Tapis dan anda boleh minum air rebusan ini. Amalkan dua hingga tiga kali seminggu.
Mengurangkan panas dalam badan
Panas di dalam badan sering berlaku kepada kanak-kanak. Untuk mengatasinya anda boleh parut kunyit sebesar ibu jari dan perah airnya. Kemudian air perahan itu dicampur dengan sedikit air asam jawa. Tapis dan beri anak anda minum.
Melangsingkan badan
Ambil sebuku kunyit, bersihkan dan ditumbuk hingga halus. Rendam di dalam segelas air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian minum dua kali sehari. Amalkannya seminggu sekali.
Merawat appendiks
Penyakit ini boleh dikesan menerusi beberapa tanda awal iaitu rasa gatal pada kulit perut, sakit sewaktu menarik nafas dan tidak dapat membuang air besar dengan selesa. Sakit ini kebiasaannya pada bahagian bawah pusat sebelah kanan. Untuk mengubatinya anda boleh parut kunyi dan campurkan dengan sedikit garam, gula merah, air limau nipis serta air panas secukupnya. Setelah dingin, minum air campuran itu. Amalkan setiap pagi dan petang sehingga sembuh.
Muka berminyak
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ambil kunyit segar dan ditumbuk halus. Selepas itu campur dengan sesudu madu lebah dan air limau nipis daripada perahan sebiji limau. Kemudian sapu pada muka yang dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan selama 15 minit dan cuci muka dengan air suam. Ulang beberapa kali sehingga masalah muka berminyak hilang.
The post Khasiat Tersembunyi Kunyit appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment