Nampaknya pergolakan rumah tangga Adi Putra masih berlarutan. Kali ini, adik kepada isteri pertamanya iaitu Aida Yusoh yang dikenali sebagai Shah telah tampil mendedahkan perangai sebenar Adi gara-gara tidak berpuas hati dengan dakwaan Adi sebelum ini yang dianggap menipu.
Dalam masa yang sama, individu tersebut turut memuat naik dua status lain yang menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Adi terhadap kakaknya selama beliau berkahwin sehingga tercetusnya isu beliau berkahwin buat kali kedua. Selain itu, menurut Shah, keluarganya sudah tidak mampu lagi bersabar dengan sikap Adi yang sering menipu terutamanya kepada kakaknya.
Menerusi status yang dimuat naik itu, ramai teman rapat serta ahli keluarga individu itu tampil memberikan sokongan kepada Shah dan keluarga serta berharap Adi dapat berubah menjadi suami yang lebih baik untuk Aida di masa hadapan. Rata-rata komen-komen yang ditinggalkan juga seperti bersetuju dengan status dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah terhadap Adi.
Sumber: Astro Gempak
0 comments :
Post a Comment