Alangkah nyamannya apabila tekak yang dahaga dihidangkan dengan minuman dingin dan menyegarkan. Apatah lagi ketika ini cuaca agak panas di bulan Ramadan.
Mahu mencuba resipi baru untuk minuman atau jus yang menyegarkan di bulan Ramadan? Jelita kongsi tiga resipi minuman yang akan menghilangkan dahaga dan membasahkan tekak selepas berpuasa. Bukan sahaja mudah, tetapi baik untuk kesihatan dan menghidratkan tubuh anda.
Jus Kurma Susu
Bahan-Bahan
10-15 biji kurma dibuang biji
½ kotak susu segar
1 cawan air panas
2 sudu gula /gula perang (kalau mahu kurang manis)
Beberapa ketulan ais
Cara Penyediaan:
- Rendam buah kurma dalam air panas dalam 15 minit atau sehingga lembut.
- Kisar kurma bersama air tadi dan sejukkan dahulu.
- Masukkan susu dan ais dalam blender dan kisar
- Akhir sekali masukkan jus kurma dan kisar sekali lagi sehingga menjadi seperti milkshake.
Nota: Boleh gantikan gula dengan madu dan tambah ais krim vanilla sebagai perasa tambahan. Jus kurma susu bukan sahaja menyegarkan malah mengembalikan tenaga anda. Jika mahu perasa tambahan, boleh tambah sesudu serbuk kayu manis ataupun serbuk coklat.
Sirap Bandung Soda
Bahan- Bahan
1/4 cawan ibu sirap
Satu cawan gula yang dilarutkan dengan air.
1 tin susu cair
Satu jug ketulan ais
1-2 tin aiskrim soda
Cara Penyediaan:
- Campur kesemua bahan – sirap, air gula, susu cair dan aiskrim soda dan kacau rata. Kemudian masukkan ketulan ais mengikut citarasa anda. Lagi banyak lagi sejuk dan segar.
- Untuk rasa yang lebih menyegarkan, anda boleh campurkan daun pudina atau daun pandan dan hancurkan perlahan-lahan ketika mengacau air sirap bandung soda.
Soda Herbs
Bahan-Bahan
1 Botol air aiskrim soda
2/3 batang serai saiz sederhana
Sebiji buah lemon
10 helai daun pudina
1 tin buah laici/longan
I jug ketulan ais
Cara Penyediaan:
- Bersihkan dan potong tangkai hujung serai. Kemudian tumbuk sedikit batangnya.
- Masukkan serai-serai tadi di dalam jug, bersama hirisan lemon, daun pudina dan buah laici.
- Kemudian tuang air aiskrim soda dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan ais ketul mengikut citarasa. Simpan di dalam peti ais dan nikmati ketika sejuk.
Foto: 123rf.com
The post Resipi Minuman Istimewa Ramadan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment