Sempena bulan Ramadan tahun ini, F&N bekerjasama dengan pasangan selebriti, Fizo Omar dan Mawar Karim dengan melancarkan kempen “Aroma Kasih Sayang”.
Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N telah mempertingkatkan aroma dan kelazatan makanan serta minuman sejak beberapa generasi dan juga telah mengeratkan banyak perhubungan dan saat-saat manis. Kempen “Aroma Kasih Sayang” dijalankan demi mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Sejajar dengan janjinya untuk memberikan detik cita rasa teristimewa, pengguna setia F&N akan diberikan ganjaran istimewa yang terdiri daripada penjimatan hebat, resipi baru dan juga 5 minisod YouTube menarik yang dibintangi oleh Fizo Omar dan Mawar sendiri.
Ketika majlis pelancaran, Fizo Omar berkata, “Saya mula bekerjasama dengan F&N pada tahun 2014 untuk program Cabaran Raja Tarik dan Citarasa Teristimewa Thailand Bersama F&N pada tahun 2015. Kini, untuk “Aroma Kasih Sayang”, saya disertai oleh Mawar dan kami berdua sangat gembira dengan peluang untuk terus mencipta lebih banyak saat-saat indah untuk rakyat Malaysia.”
Menerusi kempen ini, pengguna akan menikmati penjimatan hebat apabila mereka membeli Susu Pekat Manis dan Susu Sejat F&N. Selain itu, Fizo dan Mawar bersama-sama F&N telah mencipta beberapa resipi inovatif seperti Lasagna Ayam Masak Merah dan Jeli Kristal untuk menceriakan yang tersayang. Minisod YouTube F&N pula dapat memberi inspirasi kepada pengguna apabila menyaksikan Fizo dan Mawar menjalani kehidupan seharian mereka yang sibuk, tetapi masih meluangkan masa untuk menghargai hidangan enak yang dicipta dengan produk F&N.
Memberi komen mengenai pengalaman menjalani penggambaran minisod “Aroma Kasih Sayang”, Fizo dan Mawar yang sudah memasuki tahun ketiga menjalani ibadah puasa bersama berkongsikan sesuatu:
“Pengalaman ini sangat istimewa untuk kami kerana minisod ini juga disertai oleh beberapa rakan rapat dan ahli keluarga kami.
“Walaupun ternyata saya lebih “pakar” dan minat memasak berbanding Mawar, namun dia tetap gigih belajar memasak daripada saya. Kini dia sudah mahir menyediakan hidangan Tomyam yang enak! Teh Tarik yang Mawar sediakan untuk saya juga adalah terbaik dan sukar untuk saya dapatkan rasa yang sama di luar,” ujar Fizo.
Mawar pula berkongsikan sedikit tip penyediaan hidangan Tomyam enak, “Apa yang saya belajar daripada Chef di Bangkok baru-baru ini adalah susu sepatutnya dimasukkan terakhir sekali. Jangan masukkan ketika memasak dan pecah lemak.
Tambah Mawar, “Selepas program Citarasa Teristimewa Thailand Bersama F&N, Fizo mendapat inspirasi daripada produk F&N yang versatil dan berkualiti lantas kami mula menggunakan produk F&N sahaja di restoran FIZOMAWAR Kitchen dan juga di rumah. Saya sungguh gembira dapat memberikan hidangan yang terbaik untuk keluarga dan juga rakan kami serta meluangkan saat-saat manis bersama mereka.”
Minisod “Aroma Kasih Sayang F&N” bersama Fizo Omar dan Mawar akan ditayangkan melalui rangkaian YouTube F&N Dairies dalam bulan Ramadan. Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Pekat Manis, dan Susu Sejat F&N dan kempen “Aroma Kasih Sayang” serta resipi baru, anda boleh layari http://ift.tt/1rdZq2X.
The post Fizo Omar & Mawar Ikat Cinta dengan “Aroma Kasih Sayang” appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment