YAZIT ENGGAN MOHON MAAF, AKAN AMBIL TINDAKKAN SETERUSNYA?

YAZIT-SEARCH-ENGGAN-MINTA-MAAFPemain dram kumpulan Search, Yazit enggan mohan maaf seperti yang dituntut oleh ahli kumpulan berkenaan berhubung isu pertikaian mengenai hal pembayaran Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos ini.

“Saya rasa tidak perlu untuk saya meminta maaf kerana mereka memaki dan saya ditipu. Malah saya kecewa dan sedih kerana mereka menuduh saya memalukan Search.

“Saya akan teruskan dengan laporan saya sebelum ni malah selepas sidang media ini saya tambah buat satu lagi laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju namun buat masa ini saya tidak akan mendedahkan sebab saya buat laporan itu” katanya.

Dalam pada itu, Yazit meluahkan rasa kecewa dan menganggap ada antara anggota Search lain yang bertindak sebagai dalang tercetusnya konflik ini.

“Selepas 35 tahun dan saya sekarang sakit jatuh sakit, mereka terus mengenepikan saya dan tidak pernah berbincang dengan saya mengenai konsert 35 Tahun itu. Saya hidup lagi tapi mereka layan saya macamdah mati.

“Saya dapat tahu MOU yang ditandatangani dengan Afjets pada mulanya dengan lima nama tetapi ianya telah ditukar kepada empat nama kerana ada pihak yang meminta nama saya dibuang dalam MOU itu. Individu itu berjanji dengan Afjets bahawa mereka akan berbincang dengan saya namun tiada langsung khabar berita daripada mereka.

“Hakikatnya saya adalah pengasas kumpulan itu, saya yang kutip Amy, Kid, Din dan Nasir. Saya yang perjuangkan band ini. Search ni ibarat nyawa saya. Saya tak.pernah ada niat nak memalukan Search,”katanya.

Bagaimanapun Yazit mengakui telah menerima sebanyak RM10,000 daripada pihak Afjets pada Mac lalu.

“Pada sekitar Mac lalu, saya ada menerima panggilan daripada Afjets meminta nombor akaun saya, kerana memasukkan duit. Saya terkejut dan bersyukur, itu rezeki saya dan saya ingatkan itu adalah bayaran pertama. Rupanya itu bayaran kedua. Saya juga dapat tahu keempat anggota lain telah mendapat bayaran pertama sebanyak 30 peratus yang berjumlah RM75,000,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment