SAYA AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN MENDAPATKAN HAK PENJAGAAN ANAK SAYA – AWIE

awie-berjuang-dapatkan-hak-penjagaan-anakHasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya Rozana Misbun, penyanyi rock Awie dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 8 dan Putri Qasseh Antasha, 6.

Ketika ini, Rezzki dan Qasseh berada di bawah Rozana manakala Merrah pula dijaga Awie. Awie bagaimanapun nekad untuk berjuang habis-habisan di mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya bersama Rozana.

Awie turut meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang sudah hampir dua tahun tidak ditemui.

“Sebagai bapa yang membesarkan anak-anak sejak dilahirkan, sudah tentu saya sedih apabila mereka tiada di sisi, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“Saya hanya berhubung dengan mereka melalui telefon. Apabila saya mendengar suara Qasseh yang bercakap dengan saya sambil menangis, saya bagai dapat rasakan sesuatu yang dilalui mereka.

“Sudah tentu saya amat sedih dan merindui mereka sepenuh hati. Sejak kami tidak lagi bertemu, saya bagaikan budak kecil apabila kerap menangis teringatkan mereka,” katanya sambil menahan air mata.

Sementara itu, mengulas kes mahkamah yang menyaksikan dirinya diarahkan membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas dakwaan mencederakan bekas isterinya dengan sengaja, dua tahun lalu, Awie berkata ia bukanlah kes berat.

“Untuk apa saya hendak melawan, sedangkan buktinya ada dalam rakaman CCTV? Apa pun saya lega apabila kes ini sudah selesai dan fokus saya sekarang adalah untuk berjuang habis-habisan mendapatkan hak penjagaan anak saya,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment