Baru-baru ni viral di laman sosial media mengenai seorang lelaki berwajah ganas serta bertatoo penuh satu muka. Lelaki ini bernama Muhd Fadhil, berumur 29 tahun dan berasal dari Singapura. Ramai yang terkejut dengan penghijrahan Abang Long Fadhil ni.
Pasti anda semua nak tahu bagaimana dan macam mana tergerak hati hamba Allah ini ingin bertaubat kan? Ini sebabnya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu maha berkuasa. Semoga kisah ini beri manfaat kepada kita semua.
‘Mimpi ngeri’
Jika Allah S.W.T ingin beri hidayah kepada seseorang pasti datang dengan pelbagai cara. Pada suatu hari Fadhil didatangi dengan mimpi yang sangat ngeri. Selepas bangun dari mimpi tersebut, Fadhil bertekad ingin insaf dan tidak ingin lakukan perkara yang dilakukakan pada masa lalu.
Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.
Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati.
Ambil 8 bulan untuk belajar Al-Fatihah
Fadhil akui kehadirannya di masjid mengundang pelbagai persepsi dari orang ramai. Menurutnya dari rakaman video yang disiarkan AR-Rahman TV, dia mendedahkan bahawa dia mengambil masa selama 8 bulan untuk belajar surah Al Fatihah.
Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu.
Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar… susah nak cakap.
Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati… sayunya semacam.
Kisah gelap Fadhil..
Bercerita mengenai zaman gelapnya, Fadhil berkongsi dengan orang ramai bahawa tattoo pertama yang dicacah pada tubuhnya ialah pada awal usia 12 tahun. Manakala tattoo terakhir ialah pada wajah dan lehernya, iaitu ketika dia berumur 22 tahun.
Dia juga mengatakan bahawa ramai kawannya yang berbangsa Cina terkejut dengan perubahan Fadhil, tapi pada masa yang sama mereka masih beri sokongan moral walaupun sudah tidak lagi bersama mereka.
Tatu pertama nama saya, Fadhil di tangan. Tapi paling sakit di dahi dan leher ini. Ini semua kawan-kawan tolong buatkan.
Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ngeri dalam hidup saya.
Tidak ingin buat ibu sedih..
Dalam nada yang sedih, Fadhil akui telah banyak melukakan hati ibunya. Selain berubah demi Allah, ia juga demi untuk menggembirakan si ibu. Ibu Fadhil juga menambah, walaupun anaknya itu memilih jalan hitam, namun dia tidak pernah ‘membuang’ Fadhil.
Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyumpah seranah.
Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang.
Sumber: Sinar Harian
The post ‘Saya Mimpi Hari Kiamat’- Ini Sebab Kenapa ‘Abang Long Fadhil’ Kembali Ke Jalan Yang Benar appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment