RUMAH TANGGA SHARIFAH NORAZLEENDA RETAK?

Sharifah-Haslinda-tarik-balik-permohonan-ceraiPelakon Sharifah Norazleenda atau mesra disapa Lynn mengakui, dirinya masih bergelar isteri sekali gus menafikan desas-desus mengenai keretakan rumah tangganya yang pernah diperkatakan umum pada Oktober lalu.

Lynn berkata, perkahwinannya dengan seorang kenamaan sejak 11 tahun lalu masih bahagia dan berharap isu itu tidak lagi diperbesarkan kerana menganggap ia sudah lama berlalu.

“Dalam setiap kehidupan berumah tangga, pasti akan ada pasang dan surutnya. Semua pasangan akan melalui pengalaman itu, terserah bagaimana mahu menyelesaikannya. Mungkin ada yang selesa berkongsi, tetapi saya memilih untuk tidak memperbesarkannya kerana ia urusan peribadi,” katanya.

Lynn sebelum ini, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 1 Oktober lalu tetapi menarik balik permohonan itu pada 3 Disember lalu.

“Saya cuma mengikut arus. Mungkin saya selebriti, tetapi saya juga inginkan kehidupan yang normal sama seperti orang lain. Tidak kira siapa kita, masalah dalam hidup pasti ada. Jika mempunyai masalah, kami akan cuba menyelesaikan mengikut cara orang dewasa.

“Tiada guna memperbesarkan masalah rumah tangga sendiri kerana ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Bagi saya, apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapinya dan belajar menyelesaikan masalah itu. Ketika dilanda masalah, ahli keluarga termasuk adik, Sharifah Shahira langsung tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan saya,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment