Pengumuman pelakon Hafidz Roshdi pada tanggal 30 April lalu, ternyata mengejutkan industri hiburan tanah air apabila memaklumkan dirinya kini sah bergelar suami Nurul Shuhada.
Menurut Hafidz, dia memilih Nurul sebagai isterinya kerana wanita itu dirasakan sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.
“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.
“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa yang sama, Hafidz mengakui berkahwin awal kerana nazar terhadap keluarga sekiranya berjaya dalam bidang lakonan.
“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.
“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Hafidz yang berkenalan dengan isterinya semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam, Selangor mengakui dia adalah individu yang serius dalam bercinta.
“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.
“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya.
Diharap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz ini dapat menjawab persoalan peminat-peminat fanatik yang baru-baru ini bertindak biadap mencerca rupa paras isteri Hafidz di laman Instagram dengan membandingkan mereka sebagai pasangan yang jauh langit dan bumi.
SM doakan semoga Hafizd Dan Nurul Shuhada cepat menimang cahaya mata dan kekal hingga ke akhir hayat.
0 comments :
Post a Comment