Pelakon Scha Alyahya membidas komen biadap netizen yang mengkritik wajahnya kelihatan seperti bapok.
Komen negatif tersebut bermula apabila Scha memuatnaik satu video solekan di akaun Instagram nya pada Selasa lepas.
Tidak dinafikan ramai yang mempertikaikan hasil solekan Scha itu namun satu komen diberikan oleh netizen yang mengunakan nama @syanadazman telah mengundang kemarahan peminat aktres tersebut.
Komen yang dianggap biadap oleh peminat Scha itu ditulis dengan cara provokasi iaitu “macam bapok sikit” seolah-olah sengaja ingin mencetuskan ‘perang’ di IG pengacara tersebut.
Ibarat buku bertemu dengan ruas, Scha dengan selamba membidas kembali komen tersebut dengan nada sinis.
Selain peminat, suaminya yang juga merupakan pelakon Awal Ashaari turut terkesan dengan komen tersebut juga memberikan respon.
Berikut merupakan komen-komen panas di IG Scha:
Sumber: Astro Gempak
0 comments :
Post a Comment