Baru-baru ini timbul berita mengatakan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak sedang bercinta dengan pelakon Ummi Nazeera.
Menjelaskan perkara itu, Ummi memberitahu dia ada bertemu Zizan membincangkan gosip berkenaan. Ummi berkata, dalam pertemuaan itu Zizan banyak menasihatinya agar tidak memperdulikan perkara berkenaan kerana ia lumrah sebagai anak seni.
“Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar. Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain,” katanya.
Dalam pada itu, Ummi tidak menafikan selesa berkawan dengan Zizan kerana lelaki itu seorang sahabat yang baik. Pun begitu kata Ummi, selepas selesai bekerjasama menerusi Angin Cinta mereka jarang berjumpa atau berhubung menerusi telefon.
“Zizan seorang yang baik dan mudah mesra jadi saya selesa berbual-bual dengannya. Malah ketika kami disatukan dalam Angin Cinta saya bimbang juga tiada keserasian tetapi Zizan berjaya memecahkan jurang yang wujud meskipun kami baru bertemu,” jelasnya.
Sementara itu kata Ummi dia kini masih belum terfikir soal cinta kerana keutamaannya kepada karier lakonannya.
“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” ujarnya.
0 comments :
Post a Comment