Tiada apa yang mampu dilafazkan aktres Rita Rudaini selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana perjuangannya membela masa depan anak-anak berpihak padanya.
Pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 7, dan Airit Qaqa Arjuna, 5, menegaskan, wang ringgit bukanlah keutamaan perjuangannya turun naik mahkamah selama ini.
Sebaliknya, pelakon kelahiran Kangar, Perlis ini berkata, apa yang dilakukan semata-mata kerana menuntut keadilan untuk diri sendiri dan anak-anaknya yang dizalimi sebelum ini.
Rita, 40, mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Razak, 29, membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepadanya.
0 comments :
Post a Comment