Pelakon Benjy hanya mampu memanjatkan kesyukuran selepas Mahkamah Majistret melepas dan membebaskannya terhadap pertuduhan pindaan memiliki dadah seberat 28.99 gram, Mac tahun lepas.
BENJY LEPAS TUDUHAN MILIKI DADAH | Majistret Muhammad Hidayat Wahab membuat keputusan itu selepas berpuas hati terhadap pembelaan tertuduh yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sebelum ini Benjy didakwa atas tuduhan pindaan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram pada 1.40 pagi, 27 Mac tahun lalu ketika sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar.
Ketika ditemui pemberita, Benjy berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu, walaupun menempuh pelbagai cabaran.
“Saya bersyukur mahkamah akhirnya mencapai keputusan. Pada anak, baba (ayah) sayangkan Firdaus…kepada orang saya sayang, isteri, alhamdulillah,” katanya. –Bernama–
0 comments :
Post a Comment