KANTOI! TUDUNG TERKINI FAREEDA YANG MENJADI REBUTAN BUKAN REKAAN EKSKLUSIF?

TUDUNG-TERKINI-FAREEDA-BUKAN-REKAAN-EKSKLUSIFSelepas viral video orang ramai berebut di hadapan premis Fareeda, terbaru beberapa keping foto mengenai rekaan tudung terkini keluaran jenama tersebut  pula dipersoal netizen.

TUDUNG TERKINI FAREEDA BUKAN REKAAN EKSKLUSIF | Beberapa pengguna laman sosial telah berkongsi tudung dipakai mereka di laman sosial yang rekaannya saling tidak tumpah seperti tudung terbaru keluaran Fareeda.

Lebih memeranjatkan apabila mereka mendakwa telah membeli tudung rekaan sama tersebut pada dua hingga empat tahun yang lalu.

Persamaan tersebut (mungkin tidak sengaja) telah menimbulkan kemarahan netizen yang merasakan mereka tertipu dengan jenama tudung popular itu.

Tambahan lagi, ada pengguna laman sosial yang mendakwa tudung digayakan Mawar Abd Karim itu hanya berharga RM10 dan boleh didapati dengan mudah di pasar raya atau pasar malam.

Netizen turut mendakwa tidak berbaloi orang ramai berebut dihadapan premis Fareeda baru-baru ini semata-mata mahu mendapatkan tudung terbaru yang kononnya rekaan eksklusif itu.

Tidak kurang juga yang ‘memulang paku buah keras’ kepada Fareeda kerana pernah mengeluarkan kenyataan akan menyaman pihak yang meniru rekaan tudung mereka.

Apapun kita tunggu kenyataan daripada pemilik jenama Fareeda, Mawar mengenai perkara ini.

1

3

2

Sumber: Astro Gempak

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment