Kafein Berupaya Jejaskan Kesuburan?

Kopi menjadi peneman setia kebanyakan daripada kita. Namun tahukah anda bahawa kafein daripada kopi, teh, soda dan minuman bercoklat berkait rapat dengan kesuburan wanita dan risiko mengalami keguguran?

kafein

Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kafein tidak memberi apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang sudah lama berkahwin dan masih menunggu kelahiran cahaya mata?

Kurangkan kopi

Kajian pada 1999 ke atas 100 orang menunjukkan wanita yang minum kopi lebih daripada satu cawan sehari mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus. Manakala, wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian hamil sebanyak 26.9 peratus dan penggemar kopi pula 10.5 peratus dalam kitaran haid. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengamalkan 300mg kafein atau lebih, kebarangkalian mereka hamil menjadi lebih rendah. Oleh itu, bagi anda yang ingin hamil harus meninggalkan kafein. Semakin banyak anda minum, semakin rendah kebarangkalian anda untuk hamil.

Boleh keguguran

Journal Diabetes Care menunjukkan pengambilan kafein juga menyumbang kepada insulin resistance. Ini bermakna, insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula bagi menghasilkan tenaga sehingga menyebabkan banyak gula tidak ‘dibakar’ di dalam darah. Selain itu, insulin resistance menghalang proses ovulasi iaitu pengeluaran ovum daripada ovari. Jadi, apabila seseorang wanita itu mengalami masalah obesiti, endometriosis dan PCOS, pengambilan kafeina memburukkan keadaan. Kafein juga dapat meningkatkan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan, malah membawa kepada keguguran.

Masalah kesihatan

Seperti mana yang umum ketahui, kafein menyebabkan saluran darah mengecut, sekaligus mengurangkan pengaliran darah ke uri (placenta), seterusnya mengurangkan bekalan oksigen dan nutrien. Kafein boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan boleh menjejaskan pertumbuhan sel.

Kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi meningkatkan risiko kematian bayi sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan kopi. Kafein juga dikatakan boleh menyababkan bayi baru lahir kekurangan berat badan. Kebanyakan minuman berkafein mengandungi unsur bahan phenol, bahan sukar menyerap zat besi iaitu punca wanita hamil kekurangan darah dan hemoglobin.

Bagi sesetengah wanita, kafein tidak memberikan apa-apa kesan namun bagi wanita yang sukar hamil, adalah disarankan untuk menghentikan pengambilan kafein.

The post Kafein Berupaya Jejaskan Kesuburan? appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment