10 Tip Kempis Perut

Setiap wanita mengimpikan perut yang kempis. Bukan sahaja perlu mengamalkan diet yang konsisten, tetapi bersenam dengan cara yang betul juga perlu dititikberatkan.


22481918_m

  1. Pentingkan kualiti daripada kuantiti. Tidak perlu buat beratus-ratus tekan tubi setiap hari. Memadai satu atau dua sesi seminggu dengan latihan berkualiti, itu lebih baik. Don’t overtrain.
  2. Untuk merangsang otot perut (abs) anda pada setiap sesi, cuba pelbagaikan latihan berbeza untuk melatih otot bahagian berkenaan daripada sudut berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.
  3. Fokus kepada kontraksi otot abs ketika latihan. Pastikan otot perut anda ‘bekerja’ dan bukannya otot bahagian yang lain seperti belakang badan atau leher.
  4. Fokus pada pernafasan. Hembus nafas ketika exertion ataupun ketika melakukan Ini membolehkan anda melakukan kontraksi otot abs dengan sebaik mungkin.
  5. Untuk sesi senaman perut, lakukan dua hingga tiga latihan berbeza. Sebagai panduan, buat tiga set bagi setiap senaman dan 15 hingga 20 ulangan bagi setiap set.
  6. Anda perlu ingat yang latihan abs yang terbaik tidak membantu anda untuk meraih perut kempis selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit.
  7. Oleh itu, penjagaan makanan juga mustahak. Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet seimbang.
  8. Lihat kalori yang anda ambil setiap hari. Anda harus cipta kalori defisit untuk membakar lemak berlebihan.
  9. Latihan kardio atau bersukan adalah cara sesuai untuk membakar kalori berlebihan. Dengan cara ini juga, anda dapat memudahkan proses diet selain tidak perlu keterlaluan menjaga pemakanan harian.
  10. Jika anda berjaya mengurangkan lemak badan tetapi masih gagal memperoleh abs menarik, kurangkan pengambilan sodium, punca berlakunya takung air badan. Anda hanya perlu tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu.

Susunan: Norashikin Md Nor

Penghargaan: Laman Web Rasmi

Kevin Zahri

MS: 43

September 2013

Foto: 123rf.com

The post 10 Tip Kempis Perut appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment