Pelakon, Wan Raja meluahkan rasa gelisah apabila anak sulung yang baru dilahirkan isterinya, Yaya Maembong, pagi semalam dikuarantin kerana tertelan najis ketika proses bersalin.
ANAK WAN RAJA DAN YAYA MAEMBONG KENA KUARANTIN | Wan Raja berkata, isterinya hanya dibenarkan berjumpa dan mendukung anak sulung mereka yang diberi gelaran Seri malam tadi setelah tamat tempoh kuarantin.
“Alhamdulillah, Yaya selamat bersalin secara normal pada jam 9 pagi. Keadaan menjadi panik apabila bayi yang berada dalam kandungan membuang air besar dan menyebabkan komplikasi kepada Yaya.
“Doktor memberi tempoh kontraksi selama 15 minit dan menyarankan kaedah pembedahan supaya tidak membahayakan nyawa bayi dan juga Yaya sendiri. Seperti satu keajaiban, kontraksi berjalan lancar dan Yaya boleh bersalin secara normal.
“Namun bayi dikuarantin selama beberapa jam bagi memastikan tiada sebarang jangkitan kerana tertelan najisnya sendiri. Yaya hanya berpeluang untuk mendukung anak sulung kami malam tadi selepas tamat tempoh kuarantin,” kata Wan Raja.
Sementara itu, Wan Raja mengakui masih kekok mengendalikan anak sulungnya itu bagi membantu isteri yang sedang menjalani proses berpantang. Tambahnya, Yaya akan meneruskan tempoh berpantang di Pulau Pinang selepas seminggu berada di ibu kota. Di sana, Yaya akan dijaga oleh keluarga suaminya.
“Saya kekok hendak memandikan Seri kerana dia masih kecil lagi. Insya-Allah, Yaya akan menjalani proses berpantang di sini selama seminggu dan akan pulang ke Pulau Pinang untuk dijaga dengan lebih teliti oleh keluarga saya,” katanya.
0 comments :
Post a Comment