Pelakon Hanez Suraya mengakui sesekali terasa rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera. Namun hasratnya terpaksa dilupakan kerana kini tumpuannya lebih kearah keluarga tersayang.
“Jika diikutkan rasa hati, memang saya berasa rindu untuk berlakon semula. Bagaimanapun keadaan belum mengizinkan saya berbuat demikian. Tawaran untuk saya membintangi drama memang ada, cuma waktunya kurang sesuai. Jadi, nampaknya belum ada rezeki untuk saya kembali ke lokasi penggambaran”
“Saya menguruskan sendiri keluarga dan anak, tanpa pertolongan pembantu rumah. Pendek kata, saya kini jadi ‘supermom’ kerana menguruskan segala-galanya,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kehidupannya yang kini sibuk menguruskan hal rumah tangga serta anak sulung perempuan yang tersayang.
Berikut beberapa gambar terkini Putri Aleesya buat tatapan anda!
0 comments :
Post a Comment