Justin Bieber Timbulkan Masalah Di Seattle!

Justin Bieber

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi tersohor Justin Bieber. Selain dicop mempunyai perangai buruk, juga sering kali mencetuskan kontroversi panas mengaitkan dirinya.


Meskipun sebelum ini pernah tampil menerusi Justin Bieber Kecewa Sikap Tidak Matang Diri, nampaknya pengakuan itu seperti tidak membawa apa-apa makna apabila Justin Bieber sekali lagi bikin kecoh! Kali ini di sebuah premis yang dikunjunginya Isnin lalu.

Justin Bieber Timbulkan Masalah Di Seattle!

Kehadiran Justin Bieber ke salah sebuah premis tidak membuatkan banyak pihak senang hati ketika beliau berada di Seattle.
Malahan pemilik bar berkenaan berkata, dirinya memang berasa tidak sedap hati apabila Bieber datang ke premisnya, Isnin lalu.
Ini berikutan gara-gara berita yang bertebaran kononnya penyanyi remaja berkenaan dan rombongannya tidak melunaskan bayaran minuman berjumlah RM489 sehari sebelum itu, ketika mereka mengunjungi The Whisky Bar.
Meskipun begitu, Justin Bieber khabarnya sudah pun membayar bil berkenaan beberapa hari kemudian.
“Pada mulanya saya ingatkan dia hanyalah pemuda punk biasa sebab dirinya memang kelihatan seperti itu, apatah lagi saya tidak mengikuti dunia muzik pop,” kata pemilik The Diller Room, Rob Wilson.

Justin Bieber Timbulkan Masalah Di Seattle!

Katanya, memang tempatnya dikunjungi beberapa selebriti yang datang untuk minum, namun mereka selalunya memberikan notis lebih awal supaya beliau dapat menyediakan bilik VIP.

Kata Wilson, sebaik saja pekerjanya memaklumkan pemuda itu ialah Bieber, beliau mula memberikan perhatian dan dapat berasakan artis terbabit akan menimbulkan masalah.

Katanya, Bieber memesan minuman kira-kira jam 10 malam dan kemudian memalingkan muka ke arah khalayak di bar terbabit.

“Dia hanya duduk di situ seakan-akan menunggu untuk menimbulkan masalah,” kata Wilson.

Justin Bieber Timbulkan Masalah Di Seattle!

Menurutnya, kebanyakan pengunjung memang membiarkan saja Bieber di situ, namun tidak lama kemudian pasangan Sepanyol menghampirinya untuk bergambar.
Katanya, pengurus dan pengawal Bieber mula meninggikan suara terhadap pasangan terbabit manakala penyanyi itu sendiri memaki mereka dalam bahasa Sepanyol.

Kemudian, Bieber menghalakan telefon bimbitnya ke arah muka pasangan terbabit berserta dengan nyalaan flash.

Justin Bieber Timbulkan Masalah Di Seattle!

Selepas mengeluarkan kata-kata ingin meletupkan premis berkenaan, beliau berlalu pergi. Namun kata Wilson, seorang daripada rombongan Bieber membayar minum mereka sebelum meninggalkan tempat berkenaan.
“Dia memang hampir-hampir hendak dihalau keluar. Saya tidak kira siapa kamu sekalipun, kamu tidak boleh melayan pelanggan saya seperti itu,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment