
Siapa sangka gaun pengantin pelakon popular Anzalna Nasir kini menjadi rebutan orang ramai apabila ada pihak yang inginkan rekaan yang sama dengan gaun pengantin itu untuk dipakai pada majlis perkahwinan mereka nanti.
Disebabkan keunikkan dan kecantikkan tersendiri yang ada pada gaun pengantin Anzalna yang ala-ala Barbie Mariposa ini direka khas oleh Teuku Putra Aziz rupanya ada Kisah Disebalik Rekaan Gaun Pengantin Anzalna Nasir Yang Ramai Tidak Tahu!

Menurut Anzalna, selepas beberapa hari majlis resepsi tamat, pihak penaja gaun pengantin Anzalna iatu Cosry memberitahu bahawa ada pihak ingin membeli gaun tersebut dengan harga yang mahal.
“Tiga hari selepas majlis selesai, saya dimaklumkan yang ada pelanggan dari Sarawak menghubungi pihak Cosry.Pelanggan itu mahu menempah gaun baru tetapi dia mahu rekaan yang sama seperti saya gayakan.”“Malam tadi pula, pihak Cosry hubungi saya dan mengatakan yang ada pelanggan dari negara Arab Saudi mahu membeli baju yang telah saya pakai. Saya ingatkan main-main sahaja, rupa-rupanya perkara ini serius.”

“Saya terkejut kerana pelanggan itu meletakkan harga USD25,000 terhadap baju tersebut.”
“Pelanggan itu mahukan gaun yang saya pakai di majlis resepsi itu kerana mereka sudah tertarik dengan rekaan gaun tersebut. Pelanggan tersebut tidak mahu gaun baru kerana takut detailing yang ada pada baju tersebut nanti tidak sama dengan yang asal.”
Memang hebatlah penangan gaun pengantin Anzalna ini. Sampai ke luar negara tersebar tentang kecantikkan gaun ini sehinggakan ada orang jadikan wallpaper telefon bimbit. Apapun, itu adalah gaun pengantin yang paling gempak tahun ini.
0 comments :
Post a Comment