Versus Timepiece Jam Tangan Idaman Semua

Rekaan indah yang pasti akan membuatkan anda terpesona, Versus Mouffetard adalah jam tangan yang canggih, trendy dan rekaan jam tangan itu mempamerkan DNA jenama tersebut.

Rekaan kepala singa 3D pada jam 12 dan enam di jam tangan Versus Versace ini digabungkan dengan cincin yang bertekstur untuk memberikan aura mewah dan unik pada jam tangan ini.

Dial jam tangan ini pula dihias menggunakan guilloche yang bersinar. Ini menyerlahkan lagi tali kulit asli daripada galuchat dan sekali gus memberikan pemakai personaliti yang kuat dan sentuhan yang elegan. Anda boleh dapatkan tali jam kulit tangan versi ungu dengan case rona rose gold.

Versus edisi khas Saint Valentine boleh didapati dalam rona merah dan emas kuning. Ia direka khas buat wanita yang mencari jam tangan yang bergaya. Sama seperti Versus Versace, ia mempunyai rekaan kepala singa 3D pada jam 12 dan enam yang digabungkan dengan cincin yang bertekstur untuk memberikan aura mewah dan unik.

Dial merahnya pula dihiasi dengan kristal Swarovski berharga, guilloche dan corak cincin bertekstur yang cantik.

Koleksi bergaya ini berharga daripada RM1300 sehingga RM1600 dan seperti jam tangan Versus yang lain ia boleh didapati di butik Solat Time. Lawati www.solartime.com untuk lebih maklumat.

The post Versus Timepiece Jam Tangan Idaman Semua appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment