Padah Buat Pembedahan Plastik, Wajah Wanita Ini Melecur Tahap Dua. Ngeri!

Pembedahan plastik antara salah satu kaedah yang boleh mengubah wajah seseorang. Walaupun kos rawatannya agak mahal, namun masih ramai yang melakukan rawatan ini demi mendapatkan wajah yang cantik bak ‘barbie doll’.

Tapi, jangan sangka kaedah ini 100% selamat ya! Ini kerana ia boleh mengubah wajah anda menjadi ‘hodoh’ dalam sekelip mata sekiranya rawatan tidak menjadi. Itulah yang dialami oleh wanita ini apabila wajah dan lehernya mengalami melecur yang teruk selepas menjalani pembedahan plastik.

Melecur tahap dua pada wajah

Wanita malang yang berusia awal 50-an itu dikatakan menjalani rawatan Thermage di Taipei, Taiwan iaitu satu prosedur yang menggunakan keupayaan tenaga radio frequensi untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.

Namun, Malang tidak berbau apabila selepas dia pulang ke rumah, wajah berasa sakit selain mula timbul kesan-kesan melepuh. Tidak tahan menanggung kesakitan, wanita berkenaan telah pergi ke hospital dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama tiga hari.

Terlebih rawatan rupanya

Menurut Dr Ling Shang-li, pesakit yang berada dibawah anestesia akan berasa kebas pada wajah, sebab itulah tidak merasai kesakitan ketika prosedur dijalankan. Sebab itulah wanita tersebut tidak perasan wajahnya mula melecur dari dalam.

Ia disebabkan rawatan tersebut. Jika pesakit dibawah anestesia umum semasa prosedur, dia tidak boleh memberi respon kepada pakar bedah dengan segera.

Dia juga tidak boleh beritahu sama ada ia sakit atau tidak, sekaligus mengebabkan terlebih rawatan dan akhirnya berlaku kesan melecur.

Tambahan, Dr Ling turut memberitahu akan membantu merawat wajah wanita berkenaan yang kini dipenuhi parut hitam akibat luka lecur.

Sumber: Mirror

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments :


  1. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete