Muatnaik Foto & Video Tak Senonoh Ketika Pesta Songkran, Pesalah Boleh Didenda RM65K, Penjara Setahun

Festival Songkran di Thailand bakal diadakan tidak lama lagi. Festival yang diadakan setiap tahun ini diraikan dengan pesta air mendapat sambutan pengunjung dari dalam dan luar negara. Setiap pelancong yang hadir ke festival itu tidak melepaskan peluang untuk merakam dan mengambil gambar ketika festival itu berlangsung untuk dikongsi bersama dalam laman sosial.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat peraturan di Thailand yang boleh mendakwa mana mana pengunjung festival tersebut yang memuat naik gambar atau video yang mengandungi unsur yang tidak bermoral.

Kekalkan adat bersih perayaan Songkran

Menurut The Nation, tidak dibenarkan sama sekali untuk menyebarkan gambar atau video yang mempunyai unsur negatif yang tidak sesuai untuk tatapan umum dan jika didapati bersalah, individu tersebut boleh dikenakan denda atau penjara maksimum.

Jurucakap dan Timbalan Komander Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi, Pol Colonel Siriwat Deepor berkata sebelum ini terdapat banyak gambar yang tidak sesuai untuk tontonan umum dikongsi dalam media sosial. Dia menyeru semua pengunjung untuk berkelakuan sopan ketika festival berlangsung dan tidak melanggar Akta Komputer dan undang-undang lain.

Boleh didenda sebanyak RM65000

Sesiapa yang memuat naik gambar atau video boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda sebanyak Bt100000 (RM13000). Manakala kepada sesiapa yang mengambil gambar atau merakam video pula boleh dikenakan denda sebanyak Bt500 (RM65).

Bukan itu sahaja, kepada yang mengajak mana-mana individu untuk meminum arak ketika festival berlangsung di media sosial boelh dikenakan hukuman penjara setahun dan denda Bt500000 (RM65000). Dia menegaskan bahawa festival ini perlu berlangsung secara bersih tanpa sebarang kegiatan tidak bermoral.

Polis telah siap sedia memantau media sosial

Pihak polis telah bersedia untuk memantau perkongsian di laman sosial pada 12 hingga 14 April ini sewaktu festival Songkran berlangsung. Orang ramai diberi amaran kerana pihak berkuasa mampu untuk mengesan individu yang memuat naik gambar atau video dengan hanya mengimbas muka individu dalam gambar yang dimuat naik.

Sumber: The Nation

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment