Teks : Azliany Mohamad
Bukan hanya sedap diminum, nutrisi yang terdapat dalam buah ini dapat memberikan kulit wajah yang mulus dan menawan!
[caption id="attachment_123880" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Shutterstock[/caption]
Air kelapa bukan hanya segar diminum ketika cuaca panas, manfaat yang dimiliki air kelapa juga sangat bagus untuk kecantikan kulit. Air kelapa merupakan sumber mineral semula jadi yang memiliki khasiat yang baik untuk rawatan tubuh badan. Nutrisi yang terdapat dalam air kelapa seperti vitamin dan elektrolit atau elektrik dalam badan seperti natrium dan kalium dapat merawat kulit wajah.
Selain dari air kelapa, minyak kelapa dan ampas kelapa iaitu isi kelapa yang diparut dan telah diperah santannya) juga memiliki nutrisi yang tidak ramai kebaikannya pada wajah.
EH! kongsikan tiga bahagian penting kelapa yang perlu kamu tahu manfaatnya dalam merawat kulit wajah!
Air Kelapa
Air kelapa bukan sahaja baik untuk tubuh badan tetapi ia juga mempunyai banyak nutrisi untuk kecantikan kulit wajah seperti mineral dan vitamin C, B kompleks. Protein, karbohidrat dan rendah lemak.
1. Merawat Jerawat
Sapukan air kelapa pada wajah pada waktu malam. Selitkan langkah ini dalam rutin penjagaan malam anda. Air kelapa merupakan salah satu cara untuk merawat jerawat dengan cepat.
Caranya – Sediakan satu gelas air kelapa kemudian campurkan dengan tiga sudu serbuk kunyit. Simpan dan biarkan selama semalaman dalam peti sejuk. Tapis air campuran dan sapukan pada keseluruhan wajah. Biarkan 20 minit kemudian bilas dengan air.
2. Anti –Penuaan
Kandungan asid lemak, sitokin atau asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu antithrombotic dan anticarciogenic dapat menjaga dan menyeimbangkan kadar PH pada kulit.
3. Membersihkan Pori-Pori Kulit
Air kelapa mempunyai pelembap semula jadi dan zat untuk memutihkan kulit. Selain itu air kelapa juga dapat membersihkan pori-pori kulit akibat terkena debu udara yang kotor.
Caranya – Celupkan atau basahkan kapas wajah ke dalam air kelapa, kemudian sapukan pada wajah. Gunakannya untuk membersih wajah setiap hari.
The post Kehebatan Buah Kelapa Untuk Kulit Yang Tidak Ramai Tahu appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment