Inovasi Calaqisya Beri Keselesaan Kepada Pesakit Kanser

Menceburi bidang perniagaan sememangnya bukan mudah apa tah lagi jika anda tidak punya sebarang pengalaman mahupun latar belakang dalam bidang tersebut. Inilah apa yang dihadapi oleh pengasas jenama Calaqisya. Namun begitu, perkara ini bukanlah satu penghalang buat pengasas Calaqisya, Farah Ilyana Khairuddin. Farah Ilyana atau lebih mesra dikenali sebagai Yana memulakan perniagaan ini bersama adiknya ketika dia masih menuntut dalam jurusan Sarjana Kimia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada tahun 2009. Jelita berpeluang untuk menemubual bersama Yana untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Calaqisya.

Macam mana Yana boleh terlibat dalam bidang fesyen?

Sebenarnya saya memang dari kecil lagi memang suka dengan fesyen. Ayah kami yang selalu tentukan baju untuk kami. Jadi, setiap kali kami adik beradik beli baju, kami akan bagi dia tengok dulu. Idea nak buat bisnes ini muncul bila saya masih di UTM Skudai ketika sedang menuntut jurusan Sarjana dalam Kimia tetapi selalunya pelajar Kimia ini tak selalu bersiap bila pergi kelas. Tahun 2010 saya buat blog peribadi dan ramai orang tanya mana saya beli baju OOTD ni. Jika nak dibandingkan dengan KL, daripada 10 orang hanya seorang sahaja yang akan memakai tudung di Skudai ini. Bila pelajar dan pembaca blog tanya, “mana you beli tudung ni?” Masa tu, dekat JB tudung yang dijual mahal atau rekaan tidak ikut trend. Jadi balik KL, saya beli tudung dalam kuantiti yang banyak kat tempat yang saya beli dan tanya jika saya boleh dapat harga istimewa. Dulu, nama bisnes saya bukan Calaqisya tapi Oh Saya Gila Shawl. Macam orang baru yang baru nak mulakan bisnes fesyen. Jadi, mula-mula tu saya jual 20 helai tudung baru dan sambutan yang saya dapat amat menggalakkan sebab baru jual beberapa minit dah habis. Bila bisnes dah semakin stabil, saya mencari tukang jahit untuk buat tudung. Saya akan minta tukang jahit buat dalam kuantiti yang banyak. Selepas setahun, saya mula mengenali beberapa ahli perniagaan seperti Sugarscarf. Jadi, saya tertanya-tanya macam mana dia sampai boleh buka kedai. Mulanya saya tak terfikir nak buat duit sebab saya buat perniagaan ini sebab suka. Tetapi bila dah ada banyak permintaan, saya cuba nak jadikan perniagaan ini lebih besar tetapi saya tidak mahu jual tudung sahaja tetapi lebih kepada baju kerana kami suka baju. Baju yang ada masa itu adalah dari jenama Topshop dan Zara dan tidak semua harga baju itu macam sekarang ini dan masa itu pelajar memang tidak mampu untuk membelinya. Jadi, saya cuba untuk buat baju yang saya  jual mampu milik kepada pelajar. Saya cuba buat wholesale tetapi bila buat wholesale, ada masalah seperti baju tidak cukup tangan atau erti kata lain tiada lengan. Jadi, saya kena terangkan kepada pembeli macam mana nak pakai baju ini. Ia boleh digayakan dengan pelbagai cara. Kiranya selain daripada menjual baju, saya jadi penata gaya peribadi untuk pelanggan. Selepas dua tahun, kami buat baju sendiri mengikut apa yang kami mahukan. Maknanya, apa yang kami pakai setiap hari, yang tidak cukup panjang atau terbelah, kami akan cuba ubah dari situ.

The post Inovasi Calaqisya Beri Keselesaan Kepada Pesakit Kanser appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment