Tahniah Mimpikita Atas Pertunjukan Di UK

Koleksi terbaru AW19 Mimpikita adalah tentang meraikan kepelbagaian. Mimpikita telah tampil dengan koleksi  moden bagi memberi nafas baru ke dalam dunia fesyen. Sebagai pereka yang berhijab mereka ingin menggunakan platform fesyen ini sebagai  tempat untuk menonjolkan kreativiti mereka sehingga ke peringkat global.

Pengasasnya terdiri daripada tiga wanita yang berbeza latar belakang dan juga merupakan adik beradik, Nurul Zulkifli, Mira Zulkifli dan Syahirah Zulkifli. Jenama ini telah diasaskan menerusi  idea dan konsep kepelbagaian. Para pengasas ingin mengubah perspektif  dan memecah tembok sempadan masyarakat. Mereka turut menjahit sendiri beberapa pakaian sehingga menjadi pakaian yang memukau dan melambangkan kecantikan pelbagai.

Mimpikita berharap dapat mencipta sebuah koleksi yang  mengetengahkan golongan wanita dengan memperkenalkan sebuah koleksi  baharu yang tampil berani dengan  menggunakan corak  abstrak floral, check dan siluet. Selain itu, Mimpikita juga turut menampilak kepelbagaian daripada pakaian seperti  pakaian luar (outwear)  dan  skirt lembut. Design yang menonjol  akan memberi keseimbangan pada butiran dan perhiasan baju. Sulaman tangan, fringing dan luxury trims, akan memberi penambahan kelembutan pada ciri baju tersebut. Koleksi baru ini juga ingin menterjemah dan menonjol  wanita sebagai seseorang yang  kuat dan bersemangat.

Harapan  Mimpikita adalah untuk menggunakan reka bentuk yang dihasilkan dan mempamerkan koleksi baharu mereka ke persada antarabangsa dengan menggunakan kepelbagaian sebagai kekuatan untuk Mimpikita menerajui dan menggegar dunia fesyen.

Lihat juga: Tiru Gaya Koleksi Chanel Haute Couture 2019

Jelita kongsikan gambar Mimpikita di pertunjukan fesyen London 

The post Tahniah Mimpikita Atas Pertunjukan Di UK appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment