15 Mac 2019 adalah tarikh yang tidak akan dapat dilupakan bukan sahaja oleh rakyat New Zealand tetapi juga oleh umat Islam seluruh dunia. 50 orang jemaah ditembak mati dan 50 lagi cedera dalam serangan pengganas yang berlaku ketika menunaikan sembahyang Jumaat. Saat dunia berkabung bersama rakyat Muslim di New Zealand, keprihatinan dan sikap Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern terhadap mangsa dan tragedi tembakan masjid di Christchurch telah mendapat pujian daripada netizen. Dia telah menunjukkan kepada dunia bahawa kepimpinan sebenar adalah melalui kasih sayang, simpati dan integriti.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
Pemimpin Wanita yang Ketiga di New Zealand
Sumber Gambar: Shutterstock.com
Jacinda Ardern adalah wanita ketiga yang dilantik sebagai Perdana Menteri New Zealand selepas Jenny Shipley yang mentadbir daripada tahun 1997 hingga 1999 selepas mengadakan rampasan kuasa yang berjaya menentang pendahulunya, Jim Bolger dan Helen Clark yang mentadbir daripada tahun 1999 hingga 2008 apabila Parti Kebangsaan memenangi pilihan raya. Jacinda Ardern telah mengambil alih pentadbiran New Zealand pada 26 Oktober 2017 sebagai Perdana Menteri ke 40.
The post Perdana Menteri New Zealand Jadi Tumpuan Selepas Tragedi ChristChurch appeared first on Her Inspirasi.
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 comments :
Post a Comment