Kanak-Kanak 9 Tahun Koma Dilanggar Kereta Api

Kejadian berlaku dalam sekelip mata, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dirempuh kereta api ketika melintas sebuah landasan kereta api di perhentian Tok Uban, Pasir Mas. Mangsa dipercayai baru saja dalam perjalanan pulang dari kelas fardhu ain dan menggunakan jalan berkenaan untuk pulang ke rumah.

Menurut laporan BH Online, rempuhan itu menyebabkan mangsa terpelanting dan mengakibatkan kecederaan parah di telingga.

Tidak sempat melepasi landasan

Difahamkan mangsa Mohammad Amirul Hakimi melintas sambil menolak basikalnya di landasan keretapi perhentian Tok Uban. Bagaimanapun, tayar basikal belakang dikatakan tidak sempat melepasi landasan sehingga menyebabkan mangsa dilanggar oleh kereta api yang kebetulan tiba di lokasi berkenaan. Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai kelas fardhu ain.

Tregedi itu berlaku sekitar 5.45 petang, kanak-kanak berusia 9 tahun itu mengalami pendarahan dalaman di telinga. Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa terpelanting

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata dia terima laporan  kejadian pada 5.45 petang daripada penduduk kampung sebelum mereka bergegas ke tempat kejadian. Rempuhan itu telah menyebabkan mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

Hasil siasatan awal, mangsa dalam perjalanan pulang dari kelas fardu ain di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban. Apabila tiba di lokasi kejadian mangsa menolak basikalnya untuk melintas landasan kereta api sebelum sebuah kereta api melalui kawasan itu.

Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri sebelum tayar belakang basikalnya dirempuh kereta api itu dan menyebabkan mangsa terpelanting.

Kini mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan masih dalam keadaan koma.

Sumber: BH Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment