Hanya Kerana $7, Penumpang Gojek Singapura Bikin Kecoh, Pemandu ‘Naik Hantu’, Akhirnya…

Februari lalu, pemandu Gojek Singapura viral di laman sosial apabila dituduh berniat menculik penumpangnya. Pemandu terbabit Kamaruzzaman Abdul Latiff kemudiannya dipanggil oleh pengendali perkhidmatan itu untuk tindakan lanjut.

Terbaru, sepasang penumpang perkhidmatan itu pula viral apabila mempertikai perbezaan tambang yang dipaparkan pada aplikasi terbabit setelah menaikinya.

Hanya kerana SGD7

Dalam rakaman video dari dalam kereta pemandu terbabit, pasangan penumpang warga emas mula mempertikal tambang yang ditunjukkan pada apps yang berbeza berbanding ketika mereka menempah. Dakwa penumpang lelaki, ketika menempah, harga ditunjukkan adalah SGD14.10 namun bertambah kepada SGD 21.10 dalam apps pemandu.

Perbezaan SGD7 membuatkan penumpang lelaki terbabit tidak berpuas hati dan menelefon pegawai khidmat pelanggan Gojek untuk melaporkan kejadian berkenaan.

Pemandu berkenaan hilang sabar apabila lelaki terbabit seolah menyalahkan dirinya atas kesilapan itu. Dia juga berang apabila menjelaskan pasangan tersebut membazirkan masanya kerana dia memandu untuk mengejar insentif dijanjikan Gojek.

Setelah 6 minit bertikam lidah, warga emas itu kemudiannya setuju untuk membayar SGD21 seperti ditunjukkan pada apps pemandu dan akan menyelesaikan isu berkenaan dengan Gojek.

Sumber: Huang Jiaxing, Mothership.SG

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment