Artis Terkenal Antarabangsa Ini Akan ‘Berkampung’ Di KL Mac Nanti, Ini Antara Lagu Hits Mereka!

Mesti ramai yang dah tak sabar nak ke One Music Night Invasion Waves 2019 (OMNI Waves 2019) nanti kan? Bakal diadakan pada 23 Mac 2019, Omni Waves 2019 akan bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur.

Istimewanya, konsert ini menampilkan barisan selebriti antarabangsa popular antaranya Sam Tsui, Madilyn Bailey, DJ Quintino, DJ Jay Hardway, duo DJ Malaysia Goldfish + Blink dan DJ Tujamo. 

Wow ada Sam Tsui!

Mendapat perhatian sekitar 2011, Sam Tsui mula dikenali apabila membuat cover nyanyian lagu-lagu hits penyanyi popular antarabangsa. Antara yang menerima tontonan tertinggi di Youtube adalah Someone Like You nyanyian asal daripada Adele. Video tersebut ditonton lebih 5 juta kali sekaligus melonjakkan namanya sehingga mendapat 3 juta subscribers.

Lebih menerujakan lagi, selebriti Youtube Malaysia, Daiyan Trisha turut berduet bersama Sam Tsui menerusi lagu Rewrite The Stars (The Greatest Showman). Video yang dimuatnaik itu mendapat lebih 1 juta tontonan dan 70k likes.

98 juta tontonan Titanium

Madilyn Bailey satu lagi nama yang tidak asing bagi pendengar Youtube. Mempunyai lebih 6 juta pengikut di Youtube dan 600k di Instagram, beliau banyak menghasilkan cover lagu-lagu hits termasuk lagu Titanium nyanyian asal David Guetta dan Sia. Memang merdu sungguh! Cover yang dinyanyikan ini telah mencecah 98 juta tontonan.

Bakat dicungkil seawal 18 tahun

Pada usia 18 tahun, bakat DJ Quantino dicungkil oleh DJ popular antarabangsa, Dutch DJ Laidback Luke. Antara lagu yang top adalah Go Hard, Unbroken, Heey Ya dan Carnival. Go Hard sendiri mendapat lebih 51 juta tontonan. Tak sabar nak tengok persembahan gempak DJ Quantino nanti!

DJ Tujamo pun ada!

Selain Quantino, DJ Tujamo turut sama memeriahkan festival OMNI Waves 2019 kali ini. DJ Tujamo yang memulakan karier pada umur 17 tahun pernah memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Club Index di Jerman pada tahun 2006.

Lagu hits gandingannya bersama Steve Aoki dan Chris Lake iaitu Boneless berjaya mengungguli tangga ke-49 German Singles Chart dan tangga ke-42 di Austrian Singles Chart.

Jay Hardway

Di Youtube, klip video rasmi Wake Up dari Jay Hardway mendapat lebih kurang 7 juta tontonan. Memulakan karier seawal umur 14 tahun, Jay gemar bereksperimentasi bukan sahaja dari segi muzik malah dari segi kreativiti klip video. Memang selalu ‘ngam’ dengan tema lagu yang dibawanya.

DJ Goldfish popular di Malaysia

Duo dari Malaysia, Goldfish dan Blink ini sangat terkenal dalam kalangan produser antarabangsa antaranya Swedia House Mafia, David Guetta, Deadmau5, Crookers, Laidback Luke, Chuckie, Afrojack dan Avicii. Boleh dikatakan mereka mempunyai pengaruh dan pengikut tersendiri apabila dihadiri ramai peminat setiap kali tour berlangsung.

Download aplikasi Omnity & dapatkan potongan RM50!

Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama ke festival OMNI Waves 2019 yang pasti menjanjikan anda keseronokan tidak terhingga. Sebelum itu, korang boleh muat naik aplikasi Omnity untuk dapatkan potongan RM50! Caranya mudah:

Bagi pengguna kali pertama aplikasi ini, korang cuma perlu download Omnity dan RM50 secara automatik akan dikreditkan ke dalam akaun korang. Dan jika menggunakan promo code OHBULAN korang layak untuk menikmati RM50 untuk pembelian tiket VVIP. Pembelian ini hanya sah melalui aplikasi Omnity sahaja tau!

Bagi pengguna semasa pula, korang juga boleh menikmati diskaun RM50 dengan menggunakan promo code OHBULAN untuk pembelian tiket VVIP.

Korang boleh muat turun aplikasi Omnity di telefon pintar anda melalui apps store atau pun google play store atau anda boleh layari laman web www.omni-waves.com untuk maklumat lebih lanjut.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment