Aliff Aziz Minta Henti Fitnah Netizen Konon Nampak Dirinya Keluar Berdua Lagi Dengan Oktovia

Isu rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah semakin reda apabila masing-masing memberi penjelasan dan memohon maaf. Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura itu didakwa curang apabila keluar ke kelab malam bersama pelakon Oktovia Manrose.

Terbaru, menerusi akaun rasmi Instagram Aliff Aziz, dia memberi amaran kepada mana-mana individu yang masih mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah terhadap dirinya. Tindakan akan diambil sekiranya didapati masih ada penyebaran fitnah terhadap dirinya.

Jangan keruhkan lagi keadaan

Aliff Aziz menerusi IG Story bertegas kepada mana-mana individu yang masih menyebarkan fitnah tak berasas terhadap dirinya. Pelakon ini sekerasnya menafikan dakwaan keluar bersama pelakon Oktovia Manrose di sebuah pasar raya, tempoh hari. Ini kerana Aliff Aziz masih di Singapura bersama keluarganya sejak beberapa hari yang lepas.

Sebaran fitnah tak berasas

Bagaimanapun, Aliff Aziz meminta kepada akaun Facebook yang telah mengeluarkan kenyataan tidak berasas itu untuk hentikan fitnah. Malah, menasihati agar pemilik akaun itu untuk tidak keruhkan lagi keadaan. Tindakan akan diambil sekiranya masih ada individu menyebarkan perkara tidak benar.

 

Sumber: Aliff Aziz

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment