10 Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia

Wanita bijaksana dan berpengaruh ini mampu mengubah pandangan dunia dengan cara mereka sendiri. Seringkali mereka dijadikan sebagai idola buat semua wanita di dunia kerana pengaruh mereka bukan sahaja dalam bidang yang diceburi bahkan dalam dunia fesyen dan juga kecantikan.

Sempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, Jelita senaraikan 10 wanita yang paling berpengaruh di dunia. Michelle Obama

t74322811_max

Gambar: TPGimage

Michelle Obama adalah idola bagi semua wanita di seluruh dunia. Dilahirkan pada 17 January 1964, Michelle LaVaughn Robinson Obama adalah isteri kepada Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 dan juga seorang peguam dan penulis. Dibesarkan di South Side Chicago, Illinois, Michelle adalah graduan daripada Universiti Princeton dan Sekolah Undang-Undang Harvard. Michelle pernah bekerja di firma undang-undang di  Sidley Austin di mana dia bertemu dengan suaminya. Sepanjang Michelle Obama menjadi First Lady, dia telah menjadi ikon fesyen dan idola untuk wanita. Michelle juga peguam bela yang terlibat dengan pendidikan tinggi, perkhidmatan keluarga dan juga memperjuangkan hak pendidikan untuk gadis remaja di peringkat antarabangsa.

The post 10 Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment