5 Tips Simpan Aksesori Agar Tahan Lama Dalam Jangka Masa Panjang
Gambar oleh Charles & Keith
- Elak menyembur minyak wangi pada aksesori seperti subang atau rantai. Bahan kimia yang terkena pada aksesori boleh menyebabkan kerosakan warna pada luar aksesori tersebut.
- Sediakan kotak atau tempat menyimpan yang khas dan sesuai mengikut kategori bahan perhiasan. Selain itu memudahkan anda untuk mencari aksesori ketika ingin memakainya.
- Seeloknya bersihkan barangan perhiasan anda selepas dipakai menggunakan kain bersih untuk mengelap aksesori itu. Anda juga boleh menggunakan nail polish yang bertindak sebagai gam bagi mengukuhkan lagi manik atau permata yang ada pada aksesori.
- Simpan di tempat yang kering bagi mengelakkan daripada karat. Elakkan daripada menyimpan barangan aksesori di dalam bilik mandi.
- Elakkan daripada terkena losyen dan bahan solekan. Anda dinasihati agar memakai aksesori selepas anda bersiap solek dan memakai losyen.
The post Tip Simpan Aksesori Agar Tahan Lama appeared first on Her Inspirasi.

0 comments :
Post a Comment