
Tanggal 31 Januari 2019 menjadi sejarah menyaksikan KDYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-16.
Istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah disempurnakan pagi tadi di Istana Negara.
Sultan Pahang dan Raja Permaisuri Pahang tiba di Komplek Bunga Raya, KLIA




Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Menerima tabik hormat dari RAMD


Sultan Pahang dan Raja Permaisuri Pahang menerima tabik hormat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Dataran Parlimen.
Manakala, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima tabik hormat dari RAMD sempena keberangkatan tiba, istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan




Istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Daulat Tuanku

Sumber: BH Online, SinarHarian

0 comments :
Post a Comment