Wanita Lebih Berisiko Menghidap Penyakit Ginjal Kronik

Sedia maklum, buah pinggang atau ginjal antara organ terpenting dalam sistem tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai organ perkumuhan untuk menyingkir toksik dalam badan melalui pembuangan air kecil. Ginjal perlu berfungsi dengan baik untuk menjamin kesihatan tubuh yang berkekalan. Penyakit Ginjal Kronik (CKD) termasuk dalam 20 penyebab utama kematian di seluruh dunia.

Kredit: Ingimage

Sesetengah kajian menunjukkan wanita 14 peratus lebih berisiko untuk menghidap CKD berbanding lelaki yang hanya 12 peratus. Kegagalan ginjal berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Justeru, pesakit ginjal yang serius perlu menjalani dialisis bagi membersihkan darah daripada bahan toksik yang berbahaya. Mesin dialisis berfungsi sebagai pengganti ginjal.

Bagi mereka yang menghidapi penyakit ginjal kronik, buah pinggang biasanya tidak gagal sekali gus. Sebaliknya ia terjadi secara perlahan dan mengambil tempoh masa beberapa tahun. Jika ia dapat dikesan lebih awal, ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup dapat membantu melambatkan proses penyakit ini.

Tahap Penyakit CKD ini terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan. Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke lima. Peringkat ini didiagnosis oleh doktor dengan Glomerular Filtration Rate (GFR) bagi mengukur fungsi buah pinggang pesakit.

Kadar pengiraan GFR ialah kosong sehingga 100 dimana 100 bermaksud tiada penyakit. Ini menujukkan semakin kurang kadar GFR, ginjal pesakit mula tidak berfungsi dengan baik. Ujian darah akan dilakukan kepada pesakit untuk mengesan kadar GFR mereka.

Tahap Kadar GFR
Satu 90 +
Dua 60-89
Tiga 30 -59
Empat 15 -29
Lima 0-15

TANDA KEGAGALAN GINJAL

Kerosakan buah pinggang berlaku secara senyap dan tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang terakhir. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Simptom yang mungkin dialami ialah:

  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah)
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan
  • Bengkak pergelangan kaki, muka, kaki, abdomen dan sesak nafas.
  • Pucat
  • Kencing berbuih
  • Darah keluar bersama air kencing
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang
  • Pengeluaran kencing berkurangan
  • Kerap kencing terutama sebelah malam
  • Mengalami hipertensi pada usia muda

 

The post Wanita Lebih Berisiko Menghidap Penyakit Ginjal Kronik appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment