Anugerah Belai Diri Jelita 2018: Astute Clinic

Kulit Cerah Berseri Bak Kejora

Rata-raa semua wanita mendambakan kompleksi kulit wajah mulus dan cerah berseri

Rawatan Pencerahan Wajah Terbaik

Tidak sukar untuk meraih kulit wajah idaman. Selain konsisten rutin kecantikan harian, anda boleh melakukan rawatan wajah intensif untuk hasil yang lebih cepat dan optimum.

Jalani rawatan pencerahan wajah di Astute Clinic dengan rawatan istimewa iaitu Astute Cryo Facial. Cryo ialah nama singkatan kepada Cryotheraphy yang bermaksud  Cold Theraphy atau terapi wajah yang mendinginkan.

Rawatan wajah ini istimewa kerana menggunakan teknik electrophoresis atau iontophoresis yang dingin di mana  titisan serum akan disalurkan ke dalam lapisan kulit menerusi galvani bagi mengurangkan kesan kemerahan pada wajah. Selain itu, rawatan ini juga membantu untuk memberikan lebih kelembapan dan mencerahkan kulit wajah anda.

Rawatan ini dikatan lebih berkesan apabila elektroforesis sejuk digunakan dengan suhu -10 darjah celcius dari Cryotheraphy akan menyebabkan penyempitan saluran darah. Oleh itu, ia akan mengurangkan penyebaran dan kehilangan bahan aktif melalui saluran darah yang mana membolehkan injeksi bahan aktif menjadi lebih optimum. Rawatan berdurasi 60 minit ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit yang kusam, sensitif dan kemerahan.

Hasilnya:

  • Kulit cerah berseri dengan tona kulit menjadi lebih sekata
  • Mengurangkan garisan halus dan kedutan
  • Merangsang pengeluaran elastin dan kolagen kulit.

The post Anugerah Belai Diri Jelita 2018: Astute Clinic appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment