Carlist.my People’s Choice Award Car of The Year kini kembali lagi untuk tahun keempat. Dianjurkan oleh laman web No.1 di Malaysia Carlist.my, anugerah pada tahun ini bakal menobatkan kereta terbaik bagi pelbagai segmen dan jenama terkenal di pasaran tempatan.
18 kategori dipertandingkan
Terdapat 18 kategori bertaraf bintang yang dipertandingan tahun ini. Antaranya kereta Compact Hatch terbaik, kereta Mid-range Hatch terbaik, kereta Premium Hatch terbaik, kereta MPV bajet terbaik, kereta Mid-Range MPV terbaik, kereta Premium MPV terbaik, kereta Compact Sedan terbaik, kereta Mid-range Sedan terbaik, kereta Family Sedan terbaik, kereta Premium Sedan terbaik, kereta Continental Tyre Premium Luxury Sedan terbaik, kereta Crossover terbaik, SUV terbaik, kereta Continental Tyre Premium SUV terbaik, kereta Continental Tyre Aspirational terbaik, trak Pick-up terbaik, kereta mesra alam terbaik and kereta bajet terbaik.
Kategori baru
Sebagai tambahan kepada anugerah kali ini, Carlist.my akan memperkenalkan anugerah baru iaitu Anugerah Pilihan Editor – Kereta Tahun Ini. Finalis untuk Anugerah Pilihan Editor – Kereta Tahun Ini dipilih melalui satu siri sistem pemarkahan di antara editor dan hakim. Panel editor Carlist.my berpengalaman akan memilih pemenang kategori ini dari perspektif dan peraturan mereka.
Peluang menang hadiah bernilai RM30,000!
Jadi inilah masanya untuk anda semua mengundi kereta kegemaran mengikut segmen yang dipertandingkan. Beberapa kereta tempatan seperti Perodua Myvi, Perodua Alza dan Proton Persona turut bersaing bagi menjuarai kategori masing-masing.
Undian telah pun dibuka bermula sekarang sehingga 11 November 2018. Sertai sekarang dan anda berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM30,000 seperti Harman Kardon Omni Bar + Soundbar, A&S Smart 55″ TV, Harman Kardon Aura Plus Speaker, A&S Hurricane – S Wifi Speaker, A&S 300 2.1 Soundbar dan JBL Inspire 300 Sport Headphone.
Senarai penuh pemenang bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Awards akan diumumkan pada 16 November akaun media sosial dan laman web Carlist.my.
0 comments :
Post a Comment