Belajar di rumah atau home schooling bukanlah persekitaran sekolah yang biasa dilihat, tetapi ia adalah sesi pembelajaran sepenuhnya di rumah yang kini semakin mendapat tempat di Malaysia. Jika anda bercadang untuk memberikan anak belajar di rumah, ini ada beberapa tip yang boleh anda cuba.

Gambar: Shutterstock
Perlu Ada Masa Fleksibel
Ibu bapa masih boleh bekerja seperti baisa tetapi pastikan tidak terikat dengan jadual pembelajaran anak di rumah.
Ibu Bapa Perlu Mendisiplinkan Diri Dahulu
Sebelum mendisiplinkan anak, ibu bapa perlu pastikan diri mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan.
Perlu Letakkan Had Terhadap Penggunaan Gajet
Setiap masa yang terluang adalah sangat berharga bagi anak yang belajar di rumah. Jadi, anda perlu pastikan masa mereka tidak dihabiskan dengan penggunaan gajet sahaja.
Perlu Kreatif Dalam Pembelajaran
Contohnya; setiap aktiviti termasuk sewaktu memasak makan tengahari boleh dijadikan seabgai pembelajaran Bahasa, Matematik dan Sains.
Belajar Bersama-Sama
Ibu bapa mungkin tidak tahu mengenai semua mata pelajaran jadi mereka boleh berbincang bersama anak. pembelajaran sebegini lebih mudah, menarik dan menyeronokkan.
The post Tip Untuk Ibu Bapa Yang Inginkan Anak Belajar Di Rumah appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment