Pesawat Lion Air Alami Insiden Kemalangan Lagi

Semalam, lagi satu kemalangan melibatkan pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta apabila pesawat tersebut terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas. Menerusi Astro Awani, insiden itu telah menyebabkan kelewatan bukan sahaja syarikat penerbangan itu, malah turut melibatkan Batik Air. Salah seorang penumpang juga turut berkongsi beberapa foto di Facebook.

Langgar tiang lampu koordinat

Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu-Jakarta terpaksa dibatalkan selepas terlanggar tiang lampu koordinat ketika pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit.

Menerusi jurucakap syarikat penerbangan itu;

Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan.

Menurut laporan, kesemua penumpang telah diarah kembali ke ruang menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.

Menerusi CNN Indonesia, syarikat penerbangan akan menggantikan pesawat lain untuk membawa 143 penumpang ke Jakarta itu. Siasatan awal mengenai punca kemalangan itu berlaku dijangka diketahui hujung bulan ini.

Sumber: Astro Awani

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment