Sebelum ini, tular di media sosial derita dua beradik menghidap penyakit kulit (ekzema). Kisah yang menimpa keluarga ini berjaya menarik perhatian ramai netizen termasuk pelakon Datin Eina Azman.
Artikel Berkaitan : Hanya Berbekalkan Gaji Suami RM850 Sebulan Untuk Sara Dua Anak Hidap Penyakit Kulit
Terbaru, menerusi Berita Harian, Datin Eina Azman membantu keluarga ini bertemu pakar kulit untuk memberi rawatan sewajarnya.
Bawa bertemu pakar kulit
Alhamdulillah, atas persetujuan ibu mereka, saya dapat membawa mereka bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor memaklumkan, mereka berpeluang untuk pulih, namun memakan sedikit masa. Kami juga bersedia menghulurkan bantuan setiap bulan bagi meringankan beban keluarga itu.
Menurut Eina, ibu kepada kanak-kanak itu bersetuju untuk bertemu dengan pakar kulit selepas beliau memuat naik luahannya di laman Instagram miliknya. Pelakon itu turut mengatakan rasa hatinya yang tersentuh apabila mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung kedua adik-beradik itu Lela Safiya Azmi dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi.
Selepas persetujuan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, mereka sepakat membawa dua kanak-kanak itu dan ibu mereka mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.
Ibu turut menghidap ekzema
Sebagai ibu yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar, saya sebak melihat penderitaan dua beradik itu. Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya berada dalam situasi mereka. Itu yang menggerakkan hati saya untuk membantu keluarga ini.
Saya difahamkan, ibu kanak-kanak itu turut menghidap ekzema sejak remaja, selain penglihatannya kurang jelas.
Menurutnya lagi, dia setuju untuk membantu keluarga itu kerana membayangkan situasi yang dihadapinya sekiranya dia berada di tempat ibu itu.
Sedih apabila dimaklumkan, mereka sering dipandang rendah, malah dua beradik itu juga sukar tidur malam kerana tidak selesa dan pedih dengan keadaan kulit mereka.
Eina juga berharap, usaha murninya itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga terbabit.
Sumber : Berita Harian
0 comments :
Post a Comment