Titik Hitam : Hampir Jadi Mangsa Seksual Pedofilia

Gangguan seksual adalah antara masalah yang berlaku di dalam masyarakat sama ada di tempat kerja atau di rumah. Pemangsa tidak mengira umur, agama, bangsa serta status mangsa. Lebih memalukan apabila kanak-kanak turut menjadi mangsa perbuatan serakah yang sukar untuk diterima dek akal yang waras.

Berikut adalah beberapa cerita yang dikongsi pengguna Twitter yang kebanyakannya menceritakan diganggu semasa kanak-kanak dan hampir menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki durjana.

Gambar : Ingimage

DIHEMPAP OLEH ADIK PENGASUH

*Amira, 24 tahun

Ibu bapa memberi kepercayaan penuh kepada pengasuh untuk menjaga anak mereka sebaiknya. Lain pula yang menimpa Amira yang berumur lapan tahun dan adiknya yang hanya berusia tiga tahun apabila ditinggalkan ibunya di rumah pengasuh kerana hampir menjadi mangsa kepada adik lelaki bongsu pengasuh. Ibu Amira adalah seorang ibu tunggal jadi demi mencari rezeki, kedua anak dihantar ke rumah pengasuh.

Adik lelaki kepada pengasuh *Ahmad tinggal bersama dan ada kala turut membantu menjaga Amira dan adiknya yang masih kecil. Selepas setahun dihantar, Ahmad mula menunjukkan belangnya dengan mengajak Amira masuk ke dalam bilik. Amira yang tidak mengesyaki apa-apa hanya mengikut kerana sudah mempercayai Ahmad.

Semasa berada di bilik berkenaan, Ahmad kemudian menyuruh Amira baring dan kemudian menghempapnya beralaskan kusyen kerusi untuk memuaskan nafsunya. Perlakuan berkenaan turut dilakukan kepada adik kecil Amira. Mereka bernasib baik kerana tidak dirogol Ahmad. Namun, perbuatan melampau berkenaan dilakukan berkali-kali. Sudah tentu, Ahmad memaksa budak perempuan itu jangan bercerita kepada orang.

Segalanya terbongkar semasa ibunya lewat mengambil mereka di rumah pengasuh. Ahmad melakukan perbuatan terkutuk itu bersama adiknya pada hari berkenaan. Ibu tiba dan melihat Ahmad dan adiknya keluar daripada bilik. Semasa pulang ibu bertanya kepada Amira apa yang dilakukan oleh adik dan akhirnya dia membuka mulut menceritakan segala-galanya. Ibunya kemudian berpatah balik ke rumah pengasuh dan bersemuka dengan mereka.

Pengasuh dan adik lelakinya berkeras dan menafikan malah menuduh ibu Amira mereka-reka cerita. Akhirnya ibu tidak lagi menghantar Amira dan adiknya ke rumah pengasuh berkenaan. Amira yang kini sudah dewasa memberi nasihat bahawa ibu bapa usah sebulatnya percaya 100 peratus kepada pengasuh dan rajin bertanya kepada anak apa yang dilakukan semasa berada di rumah pengasuh.

DIPAKSA MELAKUKAN SEKS ORAL

*Dira, 25 tahun

Kisah seterusnya dikongsi Dira tetapi bukan dia yang menjadi mangsa sebaliknya tiga sepupunya yang masing-masing berumur lapan, enam dan tiga tahun. Menurutnya, dia pernah menjaga mereka semasa hujung minggu atau waktu cuti sehinggalah dia mendapat kerja. Ibu bapa kanak-kanak itu hanya menghantar anak mereka ke pengasuh ‘rasmi’ pada hari bekerja.

Pada mulanya tiada masalah yang dihadapi sehingga suatu hari bapa saudaranya menelefon Dira dan bertanyakannya sama ada dia ada mengenali peguam yang pakar dalam kes fitnah. Bapa saudara enggan menceritakan sebab dan hanya memberitahu bahawa dia mencari untuk rakannya. Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila bapa saudara Dira menerima surat saman fitnah daripada seorang peguam.

Akhirnya bapa saudaranya membuka cerita memeberitahu dua sepupunya yang berumur lapan dan enam tahun telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh adik lelaki pengasuh berkenaan. Perkara berkenaan berlaku banyak kali menurut sepupunya dan hanya diketahui oleh ibu bapa pada hujung 2016.

Menurut Dira dia tidak menyangka bahawa perkara berkenaan terjadi kepada Ahli keluarganya sendiri. Kedua sepupunya mengalami trauma akibat kejadian berkenaan dan kerap menangis apabila ditanya. Dira memberitahu lagi bahawa kes ini masih berjalan dan bapa saudaranya sedang mendapatkan hak sepupunya. Dia juga berharap pelakunya mendapatkan hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukan.

DIGANGGU GURU MUZIK

*Najwa, 27 tahun

Guru yang dipercayai boleh membimbing masa depan telah membuat onar. Najwa menyertai kelab koir dan mewakili sekolah. Guru muziknya selalu memujinya dengan mengatakan bahawa dia memiliki badan yang cantik. Bukan itu sahaja, gurunya turut mengatakan bahawa tubuh Najwa ‘sedap untuk diurut’. Umurnya yang masih mentah sudah tentu belum memahami apa yang dimaksudkan guru berkenaan.

Najwa memberitahu gurunya beberapa kali menyatakan perkara berkenaan di hadapan rakan sekelasnya. Gangguan itu tidak berhenti begitu sahaja, dia akan terus diusiak apabila kumpulan koirnya perlu mewakili sekolah untuk persembahan kebudayaan.

Menurut Najwa, rakannya yang lain dibenarkan memilih sendiri baju bakal dipakai semasa persembahan namun bajunya pula dipilih gurunya itu. Guru lelaki berkenaan menyuruh Najwa memakai baju kebaya berwarna emas yang memang mengikut potongan badannya.

Dia hanya akur kerana bimbang dimarahi guru jika enggan dan sepanjang memakai pakaian itu, guru lelaki itu sering memandangnya dan Najwa hanya membiarkannya. Nasibnya baik tiada perkara buruk yang berlaku kepadanya. Kini setelah dewasa baru dia menyedari bahawa dirinya menjadi objek seks guru lelaki berkenaan dan tidak mahu lagi berjumpa dengan guru berkenaan.

The post Titik Hitam : Hampir Jadi Mangsa Seksual Pedofilia appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment