Jenama aiskrim terkenal, Magnum telah memberi idea baru buat orang ramai dalam menikmati keenakan secara serius, dengan kolaborasi bersama penggaya selebriti terkemuka, Min Luna. Empat rekaan aiskrim Magnum diberi sentuhan penuh gaya dan ditawarkan bermula 1 Oktober hingga 30 November 2018 di Magnum Pleasure Stores di IOI City Mall Putrajaya dan IPC Mutiara Damansara.
Berkerjasama dalam proses kreatif yang mengubah ‘wearables’ menjadi ‘eatables’, koleksi Magnum x Min Luna membawa penampilan trendi musim ini untuk memberi inspirasi buat kaum hawa. Bertemakan Starlet Queen, Pretty Powerful, Modest Luxe dan Sporty Chic, keempat-empat penampilan yang dizahirkan oleh Min Luna ini telah diubah menjadi ciptaan pencuci mulut yang memukau. Setiap rekaan Magnum x Min Luna ini dijual pada harga RM12.90.
“Magnum menitik beratkan kenikmatan yang serius dalam melakukan apa yang digemari – menyediakan aiskrim mewah yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi kepada ‘pleasure seekers’ di Malaysia. Melalui rekaan aiskrim dengan sentuhan fesyen ini, kami mahu anda merangkul detik kenikmatan, mengekspresikan gaya tersendiri dan melakukan apa yang disukai. Lagipun, satu hari tanpa kenikmatan adalah satu hari yang tidak bermakna,” kata Shawn Tan, Pengurus Pemasaran Kanan, Ais Krim, Unilever Malaysia.
“Saya percaya bahawa gaya itu tidak terhad kepada fesyen. Saya amat gembira kerana berupaya untuk membawa apa yang saya suka lakukan ke satu tahap yang baru dengan kerjasama bersama Magnum. Proses mengilhamkan setiap penampilan bagi menjiwai pesona berlainan dalam perisa teras Magnum adalah mencabar dan memuaskan, sama seperti menggayakan orang,” jelas Min Luna.
Empat rekaan edisi terhad Magnum x Min Luna adalah:
Modest Luxe
Mengambil idea daripada konsep yang berani serta romantis, Magnum White Almond dihias dengan coklat warna jingga dan kuning mustard. Daun emas yang mewah melengkapkan penampilannya, menjadikan rekaan ini sebagai kepuasan yang sempurna untuk anda yang ingin tampil sofistikated.
Starlet Queen
Diilhamkan daripada kepuasan mewah yang setaraf dengan seorang ratu, rekaan ini mempamerkan aiskrim Magnum Classic. Dihiasi indah menggunakan dragees dan foil perak yang boleh dimakan, Starlet Queen adalah pencuci mulut penuh glamor yang mencuri perhatian! Direka khas untuk anda yang ingin tampil menyerlah dan penuh pesona tersendiri.
Pretty Powerful
Diilhamkan daripada kecantikan dan kekuatan wanita, rekaan ini mengetengahkan aiskrim Magnum Almond. Dihias dengan bunga mekar berona pastel, fantasi feminin yang kuat ini sesuai untuk anda yang sentiasa tampak ayu, namun memiliki kekuatan tersendiri.
Sporty Chic
Memaparkan aiskrim Magnum Hazelnut Luxe, rekaan ini diilhamkan daripada keinginan wanita untuk tampil sporty dan selesa. Rekaan ini dihidupkan dengan rona terang dan sesuai untuk anda yang bertenaga serta sentiasa menguasai suasana.
Magnum menggesa anda untuk mengekspresikan detik #TakePleasureSeriously bagi merebut peluang memenangi ‘A Day of Pleasure’. Bermula dari 22 Oktober hingga 11 November 2018, anda hanya perlu berkongsi foto diri anda dengan penampilan yang mengilhamkan detik kenikmatan bersama aiskrim Magnum Classic, Almond, White Almond atau Hazelnut Luxe menggunakan hashtag #MagnumMY dan #TakePleasureSeriously. Empat orang yang paling bergaya akan masing-masing memenangi satu sesi membeli-belah fesyen bernilai RM2,500 bersama Min Luna.
The post Pertembungan Dua Dunia Menzahirkan Kelainan appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment