Jenama pakaian dalaman wanita, Innersejuk mengumumkan kerjasama pertamanya bersama
rumah fesyen Mimpikita dalam melancarkan koleksi pakaian dalam yang disesuaikan
dengan busana terkini musim luruh/sejuk Mimpi Kita. Misi Innersejuk adalah untuk
membuat pakaian dalam yang bergaya dan berkualiti tinggi untuk wanita yang menghargai
pakaian yang pelbagai fungsi dan selesa. Innersejuk dan Mimpi Kita melihat peluang
untuk membuat koleksi yang menggabungkan reka bentuk Mimpikita yang indah dan moden
dengan Innersejuk yang menggunakan fabrik berprestasi tinggi iaitu Drichill.
Ia adalah kain berfabrik lembut, ringan dan cepat kering sekali gus mengekalkan
kekeringan sepanjang hari. Kain berprestasi tinggi ini juga boleh mengawal suhu badan, membantu pemakainya merasa
nyaman apabila cuaca panas dan hangat apabila musim sejuk menjadikannya pilihan
kain yang terbaik pakaian dalam.
The post Kolaborasi Innersejuk dan Mimpi Kita dikagumi appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment