Joven Raikan Ulang Tahun Ke 35 Dengan Malam Bersama Bintang

Jenama dan pengeluar air panas terkemuka telah meraikan ulang tahun ke 35 di sebuah majlis makan malam bertemakan ‘Nite of Stars’. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran 650 rakan dan kakitangan di Nexus Connection, Bangsar South.

Joven

Sempena dengan ulang tahun ke-35 Joven turut melancarkan kempen penglibatan jenama bersepadu yang dikenali sebagai “. I would recommend Joven”. Kempen ini akan dijalankan dalam tiga fasa iaitu kaji selidik dalam talian, kaji selidik telefon dan temu duga bersemuka untuk menemui dan mendengar kisah JOVEN unik daripada pelanggan.

Dalam ucapannya, Encik James Tan, Pengarah Urusan Joven berkata,

“Pada hari  yang menggembirakan ini, pihak Joven berbangga kerapan dapat berkongsi kejayaan kempen yang dilancarkan dengan kadar kesetiaan yang tinggi sebanyak 98 peratus dan tahap kepuasaan pelanggan sebanyak 91 peratus. Penilaian ini akan membantu kami untuk terus berusaha untuk memberikan yang terbaik

“Tahun 2019 turut menjadi tahun yang lebih baik kerana Joven akan terus memperhebatkan usaha R&D untuk mempertingkatkan produk sedia ada dan mencipta produk baru bagi membolehkannya, Pihak Joven turut berbangga dalam memberikan inovasi dalam produknya dengan visi menyediakan keselesaan kepada setiap rumah yang menggunakan khidmat kami.”

Malam yang penuh gilang-gemilang dan glamor dibuat lebih menarik dan bermakna dengan anugerah penghargaan dan pengiktirafan kepada peniaga menerusi Anugarah Dealer 35 (Gold and Diamond), Anugerah Pembekal Tertinggi, Anugerah Pengedar Tertinggi dan Anugerah Perkhidmatan Panjang.

Selain itu, terdapat cabutan bertuah yang telah diberikan dalam bentuk bar emas, gajet dan baucar perjalanan bernilai sehingga RM130,000.

Sejak penubuhannya pada tahun 1983, Joven sentiasa komited dan bermotivasi untuk sentiasa maju. Hari ini, Joven telah diiktiraf sebagai jenama nombor satu Malaysia dalam sektor pemanas air oleh Penyelidikan IPSOS. Syarikat ini juga telah mengeksport lebih daripada 10 buah negara seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina, Sri Lanka dan banyak lagi.

The post Joven Raikan Ulang Tahun Ke 35 Dengan Malam Bersama Bintang appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment