Memiliki cahaya mata merupakan satu impian buat setiap pasangan yang dah berkahwin. Namun tidak semuanya diberi kemudahan ketika hamil. Ada juga yang menghadapi kesukaran seperti uri terbalik.
Seorang wanita berkongsi tentang uri terbalik atau Placenta Previa di laman Facebook miliknya. Bagus info ni untuk ibu-ibu mengandung di luar sana.
Risiko placenta terbalik
KEDUDUKAN URI DI BAWAH, BAGAIMANA NAK HADAPINYA?
Placenta previa atau kedudukan uri di bawah, adalah keadaan dimana uri menutup pintu rahim
Hal ini biasa berlaku jika ibu mengandung 28 minggu ke bawah.
Keadaan menjadi serius jika masih berterusan sehingga selepas 28 minggu
Risiko Placenta Previa:
1. Pendarahan
2. Risiko bersalin secara pembedahan
3. Kelahiran pramatang
Tips naikkan placenta
Tiada ubat yang boleh menaikkan uri. Sebaliknya, anda boleh amalkan tips-tips di bawah sebagai ikhtiar.
Tips menaikkan uri:
1. Mencangkung – bercangkung selama mana yang anda mampu. Pastikan anda ditemani seseorang
2. Merangkak – berada dalam keadaan merangkak selama mana yang anda mampu. Pastikan anda ditemani seseorang
3. Duduk di atas bola yoga – bouncing secara perlahan-lahan. Pastikan anda ditemani
4. Baring dalam kedudukan L – baring di atas tilam, dan angkat kaki sandarkn pada dinding. Lakukan selama mana yang anda boleh, 2x sehari
5. Sujud – berada dalam keadaan sujud dalam tempoh masa yang lama.
6. Bercakap dengan bayi – selalu berinteraksi dan pujuk baby supay pusing ke kedudukan yang betul
Ibu-ibu hamil yang mengalami masalah ini disarankan supaya banyakkan berehat, dan jangan buat kerja berat, serta hentikan hubungan seks supaya keadaan tidak menjadi lebih serius
Semoga tips ini menjadi panduan Buat ibu-ibu di luar sana
Punca placenta terbalik
Menerusi The Asian Parent Malaysia, terdapat beberapa punca placenta terbalik berlaku.
- Ada sejarah keguguran, pengguguran atau pelbagai dilatasi dan kuretaj (prosedur pembersihan rahim)
- Jalani pembedahan caeser (risiko ini akan meningkat dengan setiap pembedahan)
- Ada parut endometrium (membran mukus yang menyaluti rongga rahim) dari plasenta previa sebelum ini
- Telah ada beberapa anak
- Lebih dari 35 tahun
- Kehamilan terlalu dekat
- Merokok
- Mengambil dadah kokain
Sumber: The Asian Parent Malaysia, Azwa Amira Omar
0 comments :
Post a Comment