Hasilkan OOTD Menarik Di 6 Pangsapuri Ini

Berita gembira buat anda yang gemar mengambil gambar ketika sedang bercuti. Airbnb mempunyai rumah dalam setiap gaya yang boleh dipadankan dengan semua pakaian anda. Dari rumah moden yang minimalis dengan warna yang cerah kepada rumah tradisional dengan butiran yang rumit.  Pastinya OOTD anda akan kelihatan lebih cantik daripada biasa.

Ini ada beberapa lokasi menarik daripada Airbnb yang sesuai untuk OOTD yang menarik.

Budapest, Hungary

Pangsapuri bergaya ini terletak di Budapest. Anda boleh menginap di sini dengan harga RM124 semalam. Pangsapuri ini dahulunya milik seorang artis seramik Hungary yang terkenal,  Anita Tóth. Ia terletak di tengah pusat bandar dan hampir semuanya dalam jarak berjalan kaki sahaja. Ia juga berdekatan dengan lokasi bersejarah iaitu Dohány Street Synagogue. Dinding rumah ini dihiasi dengan karya seni bekas pemilik rumah tersebut.

 Potts Point, Sydney Australia

Pad pereka yang menarik yang terletak di Sydney berharga RM351 semalam. Pangsapuri ini dipenuhi dengan cahaya semula jadi dan ia juga mempunyai pemandangan indah Bandar Sydney dan Jambatan Harbour. Direka dengan cantik, pangsapuri ini terletak di tengah Potts Point dan ia berada dalam jarak berjalan kaki dari perlabuhan dan CBD. Ia juga turut dikelilingai dengan beberapa kafe dan restoran terbaik di Sydney.

Barcelona, Catalonia, Spain

Pangsapuri istimewa ini terletak di sebelah gereja Safrada Familia yang indah rekaan daripada arkitek terkenal, Antoni Gaudi. The Flat mempunyai keluasan 100 meter persegi dan ia boleh menempatkan seramai lapan orang. Terletak di tingkah tujuh di bangunan yang tipikal di kawasan itu, pangsapuri itu turut dilengkapi dengan lif. Anda boleh menjadikan pemandangan Barcelona sebagai latar belakang OOTD anda. Pangsapuri ini berharga RM454 semalam. Anda juga boleh menikmati permandangan indah di solarium yang terletak di atas bumbung bangunan tersebut.

Amsterdam, The Netherlands

Jika anda punya bajet yang lebih, tidak salah jika anda melabur pada penginapa mewah seperti pangsapuri indah dan moden yang terletak di salah satu kawasan yang paling cantik dan meriah di Amsterdam, Belanda. Pangsapuri yang lengkap dengan bilik tidur, dapur, bilik mandi moden, ruang tamu yang luas, balkoni, bilik cahaya dengan tiga tingkap tinggi di ruang tamu. Pangsapuri ini terletak di tingkat tiga. Harga semalam adalah RM955.

Tijuana Municipality, Baja California, Mexico

Jika anda seorang yang gemarkan gaya eksotik, anda boleh menetap di bilik bergaya Bohemian ini dengan unsur klasik seni bina Mexico pada harga RM228 semalam. Terletak di Tijuana, Mexico, bilik tidur peribadi yang menawan di rumah Artis ini terletak di kawasan kejiranan Tijuana yang tenang. Sesuai untuk hujung minggu yang santai, percutian budaya atau untuk lawatan perniagaan yang cepat. Anda juga boleh menikmati makanan masakan Mexico yang lazat dan melihat pemandangan yang menakjubkan.

Amsterdam, The Netherlands

Jika anda inginkan OOTD yang tampak mewah, anda boleh cuba menginap di vila peribadi mewah ini. Salah satu daripada tiga bilik tidur di vila ini memberikan aura seolah anda berada di pantai. Vila ini terletak di Amsterdam, Belanda dan ia berharga RM1, 896 semalam. Vila peribadi mewah ini mempunyai keluasan 220 meter persegi dan turut dilengkapi dengan taman peribadi dengan keluasan 380 meter persegi. Ia juga terletak berdekatan dengan taman awam di bandar. Vila ini juga dilengkapi dengan jakuzi besar, pancuran mandian, piano, sistem muzik di semua bilik, sistem lampu automatik, pawagam, appleTV, relau, island kitchen dan pintu slaid ke taman besar.

 

The post Hasilkan OOTD Menarik Di 6 Pangsapuri Ini appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment