Dua Kematian Dilaporkan Akibat Makan Laksa Di Perak

Anda di luar sana selepas ini harus lebih berhati-hati dalam memilih makanan atau tempat makan kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bahawa terdapat 19 kes keracunan makanan dan menyebabkan dua kematian dilaporkan kerana memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang Baling.

Baca berita selanjutnya untuk maklumat lanjut.

Alami gejala demam, cirit birit dan muntah

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan berkata sembilan kes dengan dua kematian dilaporkan di Perak. Manakala lagi 10 kes keracunan makanan di Kedah. KKM juga mendapati pada 6 Oktober lalu satu notifikasi diterima dari Hospital Gerik mengenai dua kes keracunan makanan dengan satu kematian.

Siasatan lanjut mendapati tujuh kes lagi dari satu keluarga yang tinggal di rumah yang sama terbabit, dengan gejala demam, cirit birit, dan muntah di mana dilaporkan memakan laksa jam 9.30 malam pada 4 Oktober lalu yang dibeli oleh bapa si mati di sebuah gerai di Kupang, Baling pada jam 5.30 petang.

Kemudian pada 7 Oktober dua lagi kes dimasukkan ke Hospital Gerik kerana gejala keracunan makanan setelah memakan laksa yang dibeli pada 4 Oktober di gerai sama di mana salah seorang mangsa dirujuk ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.31 petang hari sama.

Pemeriksaan dijalankan

Tambah Dr Norhizan, Pejabat Kesihatan Daerah Baling turut melaporkan 10 kes keracunan makanan berkaitan dengan laksa yang dibeli di kedai dan kini mangsa mendapat rawatan di Hospital Baling.

Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan JKN Perak untuk mengenalpasti kes-kes yang mempunyai gejala Keracunan Makanan (KRM) dan terdedah kepada makanan yang sama.

KKM ingin menasihatkan orang ramai yang mempunyai gejala KRM untuk segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran.

Selain itu, pihak JKN Kedah sudah menjalankan pemeriksaan serta penutupan sementara premis terbabit untuk membantu siasatan dan mengenal pasti punca berlakunya keracunan makanan.

Beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.

Orang ramai diminta supaya tidak khuatir kerana kejadian wabak ini adalah terkawal dan disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan.

Sumber: Berita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment