Bakteria ‘Salmonella Enterica Serovar Weltevreden’ Sah Punca Keracunan Laksa Berlaku

Menerusi Astro Awani, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan bakteria dalam Mi Laksa merupakan penyebab keracunan berlaku. Faktor bakteri ‘salmonella enterica serovar weltevreden’ yang dikesan dalam Mi Laksa itu mungkin berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan tidak bersih.

Agen penyebab keracunan laksa punca dari bakteria

Bakteria tersebut dikesan daripada mi laksa yang dibeli pada 4 Okt dari gerai terbabit. Mi laksa tersebut dihasilkan di premis pemprosesan milik pengusaha yang juga tuan punya gerai.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan agen penyebab keracunan makanan laksa adalah berpunca daripada bakteria yang dipanggil ‘salmonella enterica serovar weltevreden’. Menurutnya lagi, Mi laksa tersebut memang dihasilkan di premis berkenaan.

Penyimpanan mi laksa tidak bersih

Faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian keracunan makanan ini berkemungkinan berpunca dari proses penyediaan dan penyimpanan mi laksa yang tidak bersih serta suhu penyediaan semasa pemprosesan selain suhu pemanasan semula mi laksa sebelum dimakan tidak mencukupi untuk menyahkuman.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ujian ‘Pulse Field Gel Electrophoresis’ (PFGE) yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Pulau Pinang pada Ahad mendapati bakteria tersebut dikesan dalam sampel klinikal pesakit serta sampel mi laksa.

Sumber : Astro Awani

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment