Sejak dari kecil, anak anda diharuskan untuk mengambil vaksin atau imunisasi. Vaksin ini telah membantu untuk menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, adakah anda tahu apakah kepentingan vaksin ini kepada anak anda? Jelita kongsikan enam kepentingan imunisasi kepada anak anda.

Gambar: Shutterstock
- Imunisasi dapat memberikan faedah kesihatan kepada anak kerana ia membantu mengelakkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
- Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan ia boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal.
- Imunisasi juga dapat mengelakkan penderitaan yang dialami oleh anak dan juga ibu bapa.
- Ia juga dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit.
- Mengurangkan dan membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
- Ia juga satu-satunya intervensi kesihatan dengan kos-efektif.
The post 6 Kepentingan Imunisasi Untuk Anak Anda appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment